Berita Harian

Guardiola mahu Aguero kekal

-

Houston: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dia tidak mempunyai perancanga­n untuk menjual Sergio Aguero tetapi mengesahka­n kelab itu sedang mengintai tiga atau empat pemain baharu untuk ditandatan­gani.

Bercakap kepada wartawan menjelang pertembung­an dengan Manchester United di Houston hari ini, Guardiola cuba untuk tidak memperbesa­rkan spekulasi membabitka­n penyerang antarabang­sa Argentina itu.

“Dia adalah pemain kami, dia akan kekal di sini,” kata Guardiola.

Pengurus dari Sepanyol itu masih berteka-teki berhubung kemungkina­n penyerang antarabang­sa Chile, Alexis Sanchez akan dibawa masuk ke Etihad dari Arsenal.

Minat Danilo, Mendy

Sanchez dilaporkan mahu meninggalk­an Stadium Emirates biarpun pe-ngurus, Arsene Wenger menegaskan pemain itu bukan untuk dijual.

“Alexis adalah pemain daripada Arsenal, Arsene yang mengatakan­nya. Ini kerana dia lebih me-ngenali pemain itu berbanding saya,” kata Guardiola.

Bagaimanap­un, Guardiola mengesahka­n City berminat bagi mendapatka­n tonggak pertahanan Real Madrid, Danilo dan pemain Monaco, Benjamin Mendy tetapi enggan mengulas lebih lanjut.

“Kita bercakap mengenai tiga atau empat pemain - dengan tiga, empat atau lima tahun untuk bersama kami. Mereka pemain muda.

“Kami mempunyai pilihan mengenai pemain yang akan dibawa masuk tetapi sehingga rundingan dimuktamad­kan, saya tidak boleh memberikan komen lanjut bagi menghormat­i kelab lain,” kata Guardiola.

Guardiola turut mengesahka­n City mahu menjual penyerang kelab itu, Kelechi Iheanacho kepada, Leicester City.

 ??  ?? Guardiola (kanan) tetap tagih khidmat Aguero musim ini.
Guardiola (kanan) tetap tagih khidmat Aguero musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia