Berita Harian

RM390.9 juta untuk Morata

Chelsea setuju ikat bintang Real, ganti tempat Costa

-

Chelsea bersetuju dengan rundingan menandatan­gani penyerang Real Madrid, Alvaro Morata namun tertakluk kepada persetujua­n peribadi serta ujian kesihatan pemain berkenaan, kata juara Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Media di Britain melaporkan Chelsea dijangka membayar 70 juta pound (RM390.9 juta) untuk khidmat Morata sekali gus bakal mengatasi rekod tertinggi dibayar kelab itu ketika membawa masuk Fernando Torres dengan nilai 50 juta pound (RM279.2 juta) pada 2011.

“Chelsea dan Real Madrid bersetuju dengan perjanjian perpindaha­n Alvaro Morata ke Stamford Bridge,” kata Chelsea menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n.

Ganti Costa

Pemain berusia 24 tahun itu akan memberikan pengurus Chelsea, Antino Conte kekua tan di bahagian serangan yang dicarinya selama ini selepas dikatakan kecewa kerana gagal mendapatka­n khidmat penyerang Belgium, Romelu Lukaku yang menyertai Manchester United, minggu lalu.

Skuad The Blues terdesak bagi mendapat penyerang selepas Diego Costa dijangka meninggalk­an kelab dan tidak menyertai pasukan dalam siri jelajah pramusim di China dan Singapura.

Morata yang dikaitkan dengan perpindaha­n ke Manchester United membantu Real memenangi gelaran Liga Juarajuara buat kali kedua berturuttu­rut musim lalu tetapi banyak menghabisk­an masa di bangku simpanan.

Bekas pelatih akademi Real ini membuat penampilan sulung pada 2010 tetapi meninggalk­an kelab itu empat tahun kemudian untuk bersama Juventus yang menyaksika­n dia beraksi selama dua musim di Itali.

 ??  ?? Bayaran Chelsea untuk khidmat Morata (no 21) bakal mengatasi rekod tertinggi dibayar ketika membawa masuk Fernando Torres.
Bayaran Chelsea untuk khidmat Morata (no 21) bakal mengatasi rekod tertinggi dibayar ketika membawa masuk Fernando Torres.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia