Berita Harian

‘Oh Tuhan, saya juara dunia!’

Jun Hoong lakar kejutan raih emas acara 10m platform individu wanita

- Oleh Jumiati Rosly

Cheong Jun Hoong menyifatka­n kejayaanny­a memenangi pingat emas acara 10 meter platform individu wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia FINA di Budapest, Hungary awal pagi semalam seperti mimpi.

Menurut penerjun yang baru pulih daripada kecederaan belakang itu, dia memang berharap untuk memenangi pingat tetapi tidak menyangka dapat meraih emas dan menewaskan penerjun China.

“Oh Tuhan, saya kini juara dunia! Sudah tentu ia adalah mimpi jadi kenyataan.

“Ia adalah pingat emas pertama di kejohanan dunia negara bagi terjun, ia adalah tidak dijangka dan sukar dipercayai,” kata penerjun berusia 27 tahun itu dalam laman web rasmi FINA.

Dominasi China

Jun Hoong yang sebelum ini memenangi gangsa dalam acara 10m platform seirama berganding­an dengan Pandelela Riong , mengumpul 397.50 mata bagi menumpaska­n juara dunia dari China, Si Yajie dengan perbezaan 1.5 mata.

Rakan senegara Si Yajie yang juga pemenang emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, Ren Qian pula menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata.

Untuk rekod, penerjun dari China sudah lama mendominas­i acara itu di Kejohanan Dunia dengan memenangi 22 pingat, melebihi 16 daripada negara lain.

“Saya hanya memberi fokus terhadap diri sendiri dan saya baru melihat papan mata hanya selepas terjunan terakhir Si Yajie, pada masa itu baru saya sedar kemenangan menjadi milik saya,” kata Jun Hoong.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ??
[FOTO L MANIMARAN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia