Berita Harian

Keluarga terkejut kejayaan Jun Hoong

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Terkejut, teruja dan gembira menyelubun­gi keluarga penerjun negara, Cheong Jun Hoong berikutan kejayaanny­a memenangi pingat emas dalam acara 10 meter platform individu wanita di Kejohanan Terjun Dunia (FINA) di Budapest, Hungary, awal pagi semalam.

Perasaan itu digambarka­n ibu penerjun berkenaan, Leow Lai Kwan, 51, kepada pemberita ketika ditemui di kediamanny­a, di sini.

Lai Kwan berkata, dia seperti tidak percaya dengan kejayaan anaknya yang cemerlang menumpaska­n dua jagoan dunia dari China.

“Saya tidak sangka dengan kejayaanny­a meraih emas ini kerana bersaing dengan jaguh dari China.

“Apapun saya gembira dia berjaya selepas berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Katanya, Jun Hoong ada menghubung­inya selepas diumumkan sebagai pemenang pingat emas dan memberitah­u dia sangat gembira dengan kejayaan itu.

Menurutnya, anaknya itu sudah lama tidak pulang kerana menjalani latihan di Kuala Lumpur dan lebih banyak berhubung menerusi telefon serta aplikasi Whatsapp.

Lidah kelu

“Usaha kerasnya ketika menjalani latihan tanpa putus asa membuahkan hasil dan saya sekeluarga sangat gembira dengan prestasi ditunjukka­nnya itu.

“Saya harap seluruh rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepadanya untuk memperoleh lebih banyak kejayaan di peringkat dunia,” katanya yang menyaksika­n terjunan anaknya di televisyen secara langsung.

Sementara itu, adik Jun Hoong, Cheong Jun Yeng, 24, berkata dia sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada kakaknya dan akan menyambut kepulangan kakaknya di Kuala Lumpur, Isnin ini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui mengenai kejayaan kakaknya itu sehinggala­h dihubungi ibunya.

“Pada mulanya saya ingat emak nak beritahu kakak dapat perak atau gangsa tetapi bila emak kata muncul juara, lidah saya kelu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia