Berita Harian

20 OKU meriahkan larian obor

-

Kuala Nerus: Acara Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan di sini semalam mencipta kelainan apabila turut disertai 20 orang kelainan upaya (OKU).

Mereka yang mewakili Persatuan Pembanguna­n Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) berjaya menamatkan larian dengan berkerusi roda sejauh 6.2 kilometer bermula dari Dataran Austin, Gong Badak hingga Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM). Mereka disertai kira-kira 1,500 peserta lain.

Presiden POKUAT, Fakruddin Zakaria berkata kehadiran dan penyertaan golongan OKU adalah simbolik dalam memberi sokongan moral serta semangat kepada para atlet yang bakal menggalas cabaran negara dalam temasya itu nanti.

“Memang kami tidak sempurna seperti orang lain, namun kami turut mempunyai semangat yang tinggi dan tidak menjadi alasan dengan kekurangan yang ada bagi kami bersaing dan melakukan aktiviti bersama-sama mereka yang sempurna.

Tolak kerusi roda

“Kami sentiasa turun padang dan tidak melepaskan peluang khususnya dalam acara yang dianjurkan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas tamat acara larian tersebut.

Sementara itu, Nur Amirka Wahida Azhar, 11 yang ketiadaan kaki sejak lahir melahirkan rasa bangga kerana dapat bersama-sama menjayakan acara larian itu.

Namun pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng ini berkata dia terpaksa meminta bantuan daripada bapanya Azhar Abu, 54, untuk menolak kerusi rodanya sepanjang larian.

“Seronok dan bangga sangat dapat sertai larian. Saya memang bersemanga­t dan sangat bertuah kerana ayah saya sentiasa berada di belakang bagi menolak kerusi roda saya untuk menghabisk­an larian.

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] ?? Pegawai Pembanguna­n Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail membawa obor mengetuai Larian Obor Sukan Sea 2017 di Kuala Nerus. semalam.
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA/BH] Pegawai Pembanguna­n Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail membawa obor mengetuai Larian Obor Sukan Sea 2017 di Kuala Nerus. semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia