Berita Harian

Malaysia mampu jadi juara: Chong Wei

Jaguh badminton negara yang tidak beraksi tuntut aksi luar biasa rakan atlet

- Oleh Azidan Nahar dan Haika Khazi

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meminta semua atlet Malaysia berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan apa sahaja bagi memastikan Malaysia dapat muncul juara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Menurut Chong Wei, biarpun tidak dapat beraksi di KL2017, dia yakin kontinjen Malaysia mampu muncul juara KL2017 jika semua atlet mempamerka­n kesungguha­n dan memberi komitmen 100 peratus.

Katanya, semua atlet harus menunjukka­n kesungguha­n luar biasa kerana kejayaan Malaysia muncul juara penting berikutan negara ini mempunyai banyak kelebihan selaku tuan rumah KL2017.

“Jadi, saya berharap semua atlet negara dapat membuat persiapan terbaik kerana kita masih ada masa kira-kira tiga minggu, sebelum aksi sebenar KL2017 bermula.

Kekal tenang

“Biarpun saya tidak dapat menyertai temasya KL2017 kerana mewakili negara di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, namun saya yakin Malaysia mampu muncul juara KL2017 jika semua atlet dapat bersatu dan mempamerka­n semangat juang tinggi, serta mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia,” katanya semalam.

Chong Wei yang ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Kementeria­n Belia dan Sukan di Axiata Arena berkata, dia juga akan melakukan terbaik bagi memastikan dapat muncul juara di Glasgow nanti.

Menurutnya, dia juga kekal tenang dalam persiapann­ya menghadapi Kejohanan Dunia yang berbaki kira-kira tidak sampai sebulan lagi sebelum membuka tirai saingan pada 21 Ogos ini.

“Saya harap kehadiran semula Datuk Misbun Sidek dapat membantu misi saya memburu gelaran sulung juara dunia di Glasgow nanti,” katanya.

 ??  ?? Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia