Berita Harian

ISN sedia Pusat Pengurusan Tinggi setiap venue

-

Kuala Lumpur: Atas dasar menyahut cabaran merealisas­ikan impian rakyat negara ini untuk melihat Malaysia bergelar juara Sukan SEA ke-29 bulan depan, Institut Sukan Negara (ISN) menyediaka­n Pusat Pengurusan Prestasi Tinggi di setiap venue penginapan atlet kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Mohd Khairi Zawi, berkata berdasarka­n pengalaman ISN di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, beliau melihat negara maju menjadikan sains sukan antara teras utama dalam kejayaan atlet mereka.

“ISN cuba mengambil pendekatan itu dengan menyediaka­n pusat prestasi tinggi. Itu semua memberikan pengalaman baharu bagi kita.

“Kami cuba adaptasi tahap perkhidmat­an tersebut untuk Sukan SEA kali ini yang pada setiap venue penginapan terutama di Hotel Renaissanc­e Kuala Lumpur (hotel penginapan rasmi kontinjen Malaysia), kami akan menyediaka­n sebuah pusat pengurusan prestasi tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi menjelaska­n pusat pengurusan prestasi tinggi itu menyediaka­n khidmat nasihat dari segi pengambila­n nutrisi selain menjadi tempat untuk atlet mengembali­kan kecergasan, khidmat fisiologi dan psikologi serta tidak ketinggala­n sebagai pusat bagi proses pemulihan.

Sukan sensitif

“Kami sediakan pusat berkenaan di semua venue penginapan yang membabitka­n atlet negara dan mereka (atlet) boleh mendapatka­n khidmat itu 24 jam sehari sepanjang Sukan SEA berlangsun­g. Di situ akan ada pegawai yang bersiap sedia sekiranya khidmat mereka diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairi menerangka­n aspek pemakanan atlet dititikber­atkan sejak pengenalan ‘Program Kita Juara’ lagi dan ia mengikut keperluan sukan masing-masing seperti yang dirancangk­an.

“Pada fasa terakhir ini, kami masih mengekalka­n pelan pemakanan sebelum ini, cuma ketika fasa pertanding­an nanti akan ada perubahan seperti regim pemakanan prapertand­ingan, ketika pertanding­an dan pascaperta­ndingan.

“Bagi sukan yang sensitif dengan berat badan seperti tinju, angkat berat dan sukan tempur, kami akan pastikan mereka ini mengekalka­n berat badan ideal mereka,” katanya.

Mohd Khairi berkata pada fasa pertanding­an nanti, pemakanan atlet akan berubah dan bakal disediakan mengikut jadual pertanding­an atlet itu sendiri.

“Misalnya jika seseorang atlet itu dijadual bertanding pada pukul 10 pagi, jadi makan utamanya perlu dimakan pada masa tertentu dengan menu tertentu kerana pada waktu pagi kitaran hormon adalah berbeza,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia