Berita Harian

Prem intai emas penampilan sulung

-

Kuala Lumpur: Atlet karate kebangsaan, S Prem Kumar mengintai kilauan pingat emas dalam penampilan sulungnya pada Sukan SEA bulan depan.

Atlet di bawah Program Kita Juara itu yakin sasaran berkenaan mampu direalisas­ikan menerusi latihan intensif di dalam dan luar negara di bawah kendalian ketua jurulatih kebangsaan, Andre Vasiljevs dari Lithuania.

Pencapaian terbaik

“Walaupun ini penampilan sulung saya pada Sukan SEA, saya bertekad untuk memenangi pingat emas untuk negara.

“Peluang mewakili negara pada Sukan SEA 2017 ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana barisan jurulatih dan ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada saya untuk memenangi pingat emas,” katanya.

Mengulas persediaan skuad kebangsaan, anak jati Kuala Lumpur itu berkata skuad karate baru sahaja kembali daripada menyertai latihan dan pertanding­an di Perancis selain turut menyertai Kejohanan Karate Asia Tenggara di Negeri Sembilan, awal tahun ini. Atlet karate

Persekutua­n Karate Malaysia (Makaf) menyasarka­n enam emas daripada 16 acara yang bakal disertai skuad kebangsaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur nanti.

Acara karate dijadualka­n berlangsun­g dari 22-24 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pencapaian terbaik skuad negara dalam acara karate pada Sukan SEA adalah ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi 2001 dengan sembilan pingat emas.

Acara karate tidak dipertandi­ngkan pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia