Berita Harian

PESAKA tak zalim: Megat

Pesilat hanya diberi cuti dua hari selepas kembali dari Vietnam

- Oleh Azidan Nahar dan Haika Khazi

Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) tidak akan tunduk dengan tekanan dan tuduhan berlaku ‘zalim’ kerana tidak membenarka­n pesilat negara bercuti bersama keluarga masing-masing selepas bertapa tiga minggu di pergununga­n Da Lat, Vietnam, baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mengakui daripada pandangan mata kasarnya memang nampak zalim kerana PESAKA hanya memberikan cuti dua hari sahaja di hujung minggu kepada pesilat, sebelum diarah bertapa di Bukit Fraser, Pahang, sehingga kini.

Berikutan itu, Megat Zulkarnain berkata pihaknya juga sudah mengatur sesi latihan lebih keras dan lasak kepada semua pesilat selepas mereka selesai bertapa di Bukit Frazer, tidak lama lagi.

“Saya juga memahami kesedihan mereka terutama Fauzi Khalid yang tidak berpeluang berada di samping isterinya yang baru melahirkan anak sulungnya, tetapi inilah pengorbana­n yang harus dilakukan pesilat kepada negara.

“Justeru, saya akui bahawa tekanan dan bebanan diberikan kepada pesilat kali ini lebih daripada biasa, namun saya percaya mereka akan berterima kasih kepada PESAKA selepas mereka menang pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) nanti.

Harimau lapar

“Saya juga tidak mahu pesilat berfikiran bahawa mereka atlet biasa, sebaliknya mereka perlu bertindak seperti seorang pejuang dan pendekar sebenar kerana silat sukan tradisi dan mereka mesti berani berbuat apa sahaja demi negara,” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, PESAKA menghantar 29 pesilat termasuk juara dunia tiga kali, Mohd Al Jufferi Jamari dan Olahragawa­ti Kebangsaan 2016, Siti Rahmah Mohamed Nasir, bertapa tiga minggu termasuk menyambut Aidilfitri di pergununga­n Da Lat, Vietnam, bagi merealisas­ikan sasaran mengutip lapan daripada 20 emas ditawarkan di KL2017 nanti.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain, berkata PESAKA berharap latihan keras dan intensif diberikan kepada pesilat dapat memastikan mereka keluar sebagai seekor harimau sedang lapar ketika berhadapan dengan lawan di gelanggang KL2017 nanti.

Megat Zulkarnain berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia untuk menjadi penyelamat bagi membantu Malaysia muncul juara KL2017 kerana kebanyakan emas bagi acara silat ditawarkan pada dua hari sebelum Sukan SEA melabuhkan tirainya.

“Justeru, semua pesilat negara perlu memikul amanah dan harapan seluruh rakyat negara ini untuk memastikan Malaysia muncul juara keseluruha­n Sukan SEA kali ini.

“Biarpun PESAKA sudah meletakkan sasaran bahawa silat akan menyumbang­kan sekurang-kurangnya lapan emas, namun jumlahnya mungkin ditambah jika prestasi pesilat semakin baik menjelang Sukan SEA nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Fauzi (kanan) tidak diberi pelepasan ketika isteri bersalin anak sulung.
Mohd Fauzi (kanan) tidak diberi pelepasan ketika isteri bersalin anak sulung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia