Berita Harian

KOM sahkan rekod Khairul

Catatan 20.90s diiktiraf selepas penganjur tepati syarat Jawatankua­sa Teknikal

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahka­n rekod kebangsaan acara 200 meter (m) milik Khairul Hafiz Jantan iaitu 20.90 saat (s) yang dilakar di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Serentak dengan itu, Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut menafikan dakwaan rekod itu tidak dapat diiktiraf kerana tidak mendapat pengiktira­fan daripada Persatuan Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF). Presiden KOM

“Ia adalah rekod kebangsaan yang baharu dalam acara 200m lelaki dengan catatan 20.90s. Ini rekod Malaysia dan tidak perlu diragui lagi dan saya mempunyai segala dokumentas­i untuk membuktika­n perkara berkenaan.

“Kita sudah melakukan pemeriksaa­n trek dua hari berturut-turut sebelum menganjurk­an Terbuka Malaysia kerana kita juga mempunyai Jawatankua­sa Teknikal KOM,” kata Karim Ibrahim kepada BH Sukan ketika dihubungi.

Tambah ganjaran

Mengulas lanjut, Karim berkata, dia berbangga dengan kepantasan dicatatkan pelari dari Melaka itu apatah lagi kepantasan­nya itu adalah menggunaka­n seluruh tenaga yang ada kerana tidak ada bantuan angin direkodkan.

“Kita memang bangga kerana dia memecahkan rekod Jega (Tan Sri Dr M Jegathesan) yang berusia 49 tahun, rekod ini sudah lama bertahan,” katanya.

Dalam pada itu Karim menjelaska­n Khairul Hafiz akan menerima insentif sebanyak RM5,000 daripada KOM dan akan berbincang bersama Majlis KOM untuk mempertimb­angkan ganjaran kepada jurulatihn­ya, Mohd Poad Md Kassim.

Sehingga kini, Khairul Hafiz sudah menerima kira-kira RM12,000 sebagai hadiah daripada badan induk itu susulan kejayaanny­a dalam sukan olahraga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia