Berita Harian

Filipina awasi ‘Speedy Jantan’

-

Kuala Lumpur: Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dijangka berdepan ‘ancaman’ hebat apabila juara bertahan acara pecut 100 meter (m) lelaki dari Filipina, Eric Cray dilaporkan berada dalam prestasi terbaiknya musim ini.

Ketua jurulatih olahraga Filipina, Sean Guevara mendedahka­n jaguh pecut Asia Tenggara itu ketika ini mampu melakukan kepantasan sekitar 10.20s dalam acara riben biru itu.

Justeru, dia menjangkak­an bakal tercetusny­a pertembung­an epik antara Cray dan Khairul Hafiz yang memiliki rekod peribadi terbaik juga rekod kebangsaan iaitu 10.18s menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL207), bulan depan.

“Kami kenali seorang pelari Malaysia, Jantan (Khairul Hafiz) jadi saya dapat rasakan akan berlakunya saingan sengit antara mereka berdua dalam acara pecut 100m nanti.

“Kita tidak tahu siapa yang akan bergelar juara, tetapi saya pasti mereka berdua akan bersaing hebat tetapi Jirapong Meenapra (Thailand) mungkin tidak begitu pantas.

“Tetapi Cray berada dalam prestasi terbaik, dia mampu berlari sekitar 10.20s,” kata Guevara ketika ditemui di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sasar lebih emas

Katanya pemenang pingat emas acara 400m berpagar dengan catatan 49.57s di Kejohanan Olahraga Asia di India, awal bulan ini akan menggalas cabaran Filipina dalam acara 100m, 400m berpagar, 4x100 dan 4x400m di KL2017.

Mengulas mengenai prospek pingat emas buat Filipina, Guevara enggan memberi komen lanjut sebaliknya menegaskan negara itu meletakkan sasaran untuk meraih lebih pingat emas berbanding hanya lima ketika dilakar di Singapura 2015.

Dua tahun lalu, dua pingat emas disumbangk­an oleh Cray iaitu menerusi acara pecut 100m lelaki (10.25s) dan 400m berpagar dengan kepantasan 49.40s.

Tiga gelaran juara lain masing-masing milik Christophe­r Ulboc Jr. (8:59.07) dalam acara 3,000m lari berhalanga­n, baling tukul besi milik Caleb John Stuart (65.63m) manakala Kayla Anise Richardson menjadi penyumbang emas wanita dalam acara pecut 100m (11.76s).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia