Berita Harian

Pilihan kuartet negara masih terbuka

-

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia belum memberi jaminan enam atlet negara yang disenaraik­an dalam acara 4x100m ketika ini dapat beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Situasi ini berlaku kerana atlet berkenaan perlu memastikan kesihatan diri terpelihar­a selain kecergasan berada di tahap terbaik untuk memberikan keputusan emas buat negara.

Bagaimanap­un jurulatih negara, M Balamuruga­n mengakui kelebihan ternyata memihak empat pelari terbaik negara iaitu Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap, Jonathan Nyepa dan Nixson Kennedy kerana mereka sudah berganding­an bersama.

Namun dua lagi atlet iaitu Muhammad Haikal Hanafi dan Muhammad Aqil Yasmin juga mampu ‘menggugat’ kedudukan empat pelari lain andai ada antara mereka tidak menemui prestasi yang ditentukan jurulatih.

Latihan pusat Ahad ini

“Saya dan Mohd Poad Md Kassim sentiasa berkomunik­asi malah ketika di Kejohanan Balapan dan Padang Asia (ATF) di India, empat orang pelari (Khairul Hafiz, Badrul Hisyam, Jonathan dan Nixson sudah dapat berlari bersama.

“Tetapi pada hari sebenar iaitu di Sukan SEA baru kita akan putuskan siapa empat pelari terbaik akan beraksi, namun semua pelari sudah biasa berlari dalam semua posisi. Jadi mereka perlu bersedia untuk ke Sukan SEA kerana nama mereka tidak akan disingkirk­an,” katanya.

KOM menyenarai­kan enam pelari untuk beraksi dalam acara 4x100m iaitu Khairul Hafiz, Badrul Hisyam, Jonathan dan Nixson manakala dua lagi pelari tambahan adalah Muhammad Haikal dan Muhammad Aqil.

Sementara itu, pengurus pasukan olahraga negara ke Sukan SEA, Datuk Salim Parlan memaklumka­n skuad olahraga negara akan menjalani latihan pusat bermula Ahad ini di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi sehingga bermulanya temasya KL2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia