Berita Harian

‘Kami turun bukan untuk seri’

Skuad B-22 perlu benam Thailand untuk kuasai Kumpulan H

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan anak buahnya tetap turun dengan misi memburu kemenangan walaupun berdepan pasukan pilihan, Thailand pada aksi kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia di Stadium Nasional Supachalas­ai, Bangkok, hari ini.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu menjelaska­n hanya kemenangan akan meletakkan skuad B-22 berada dalam kedudukan selesa untuk melepasi kempen kelayakan dalam Kumpulan H itu.

Malah, beliau percaya Thailand pasti akan bermain lebih agresif untuk memburu kemenangan selepas sekadar seri 1-1 dengan Mongolia di gelanggang sama, kelmarin.

“Corak permainan Thailand terjejas disebabkan hujan (ketika pertemuan dengan Mongolia) dan sudah pasti kami perlu menukar strategi jika perlu.

“Kami tidak turun untuk seri tetapi mahu cuba mendapatka­n kemenangan kerana mahukan laluan lebih selesa.

Tidak cemas

“Jadi, kami tidak boleh leka disebabkan keputusan seri diraih Thailand kerana persaingan kumpulan akan menjadi lebih terbuka dan seperti saya katakan, kami turun bukan untuk seri,” katanya, semalam.

Anak didik Kim Swee membuka kempen kelayakan dengan langkah kanan selepas membenam Indonesia 3-0, kelmarin.

Selain itu, Kim Swee dilihat tidak cemas untuk berdepan Thailand walaupun akan turun tanpa dua tonggak termasuk penyerang, Syafiq Ahmad dan penjaga gol, Muhd Ifwat Akmal Che Kassim.

“Ifwat dan Syafiq tak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan tetapi saya percaya ramai pemain boleh menggantik­an tempat mereka.

“Tiada pemain luar biasa dalam pasukan ini tetapi saya percaya dengan kerjasama berpasukan, kami mampu mendapat keputusan positif,” katanya.

Selepas aksi dengan Thailand, skuad B-22 negara akan berdepan Mongolia pada perlawanan terakhir, Ahad ini.

 ??  ??
 ??  ?? Skuad B-22 turun menentang Thailand hari ini tanpa Syafiq (no 20) dan Muhd Ifwat.
Skuad B-22 turun menentang Thailand hari ini tanpa Syafiq (no 20) dan Muhd Ifwat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia