Berita Harian

Stadium Perak belum dapat kelulusan untuk aksi liga

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) melanjutka­n tempoh penutupan sementara Stadium Perak, Ipoh sebagai gelanggang tuan rumah kepada pasukan Perak dan PKNP FC.

Ia berikutan keadaan permukaan padang yang tidak memuaskan selepas pemeriksaa­n kali kedua dilakukan oleh Unit Pertanding­an FMLLP bersama wakil pasukan Perak dan PKNP serta pihak pengurusan stadium itu, semalam.

Justeru, badan pengelola Liga M itu meminta pasukan Perak dan PKNP menamakan dan membuat pengesahan gelanggang baharu untuk baki perlawanan liga dan Piala Malaysia 2017 dengan kadar segera.

Kerja baik pulih

“Padang di stadium ini (di dapati) berada dalam keadaan yang sangat tidak memuaskan dan tidak boleh digunakan sebagai venue pasukan tuan rumah untuk Perak dan PKNP FC.

“Permukaan padang yang tidak memuaskan ini turut disahkan oleh pasukan Perak dan PKNP semasa pemeriksaa­n itu.

“FMLLP membuat keputusan bahawa penutupan Stadium Perak, Ipoh dilanjutka­n ke satu tempoh untuk kerja baik pulih padang perlawanan dijalankan, sehingga penilaian dibuat dan kelulusan penggunaan semula stadium dikeluarka­n oleh pihak FMLLP.

“Pihak FMLLP akan membuat pertimbang­an dan pemberitah­uan berkaitan pindaan venue perlawanan baharu yang membabitka­n kedua-dua pasukan,” kata FMLLP dalam satu kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia