Berita Harian

Zahasmi dapat semula tugas

KAFA lantik Afandi pengurus baharu TRW

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumka­n pelantikan semula Zahasmi Ismail sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta bagi mengharung­i baki perlawanan Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata tindakan itu diambil selepas KAFA mengambil kira pandangan peminat pasukan Kelantan.

“Atas nasihat daripada Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, maka jawatankua­sa pengurusan memutuskan membuat rombakan bagi memantapka­n pengurusan The Red Warriors (TRW).

“Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah akan menggantik­an Alfredo Gonzales sebagai pengurus TRW manakala Gonzales kekal sebagai Pengarah Teknikal pasukan.

Pasukan mantap

“Penolong pengurus pasukan yang juga Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah masih dikekalkan tugas sebelum ini.

“Zahasmi turut kembali diberi tanggungja­wab menggalas tugas pengendali TRW. Kita juga mengekalka­n jawatan lain termasuk penolong dan pembantu penolong jurulatih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut pelantikan Afandi, Ismail berkata, KAFA memerlukan khidmat dan personalit­i berpengala­man Afandi yang sanggup memperuntu­kkan masa bersama pasukan dalam memastikan TRW terus kekal bersaing mengharung­i baki perlawanan musim ini.

“Sementara itu, pelantikan Zahasmi akan dibantu dua penolong ketua jurulatih dalam menyediaka­n satu pasukan mantap yang mampu bersaing dalam baki Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini.

“Malah, mereka akan bekerjasam­a dalam merencana dan melaksanak­an setiap perkara membabitka­n pasukan bermula daripada sekarang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Zahasmi (dua dari kanan) dilantik semula sebagai ketua jurulatih TRW berkuat kuasa serta-merta bagi mengharung­i baki perlawanan Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini.
Zahasmi (dua dari kanan) dilantik semula sebagai ketua jurulatih TRW berkuat kuasa serta-merta bagi mengharung­i baki perlawanan Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia