Berita Harian

AFC beri Farizal ‘diskaun’

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Rayuan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) semalam memutuskan tempoh penggantun­gan ke atas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias dipendekka­n daripada setahun kepada lapan bulan.

Keputusan itu bermakna Farizal boleh kembali beraksi bermula 9 Februari depan.

Bagaimanap­un, Farizal masih berada di dalam pemantauan badan induk itu selama empat bulan untuk tempoh percubaan.

“Bagi rayuan pemain Johor Darul Ta'zim, Mohd Farizal Marlias, jawatankua­sa mengesahka­n penggantun­gan perlawanan 12 bulan daripada bola sepak Asia dan dikenakan denda AS$40,000 (RM171,540).

“Bagaimanap­un, penggantun­gan itu termasuk empat bulan untuk tempoh percubaan daripada setahun.

Tempoh 30 hari

“Jika Farizal dibuang padang kerana melakukan kekerasan dalam mana-mana perlawanan rasmi dalam tempoh percubaan, penggantun­gan itu secara automatik akan berjalan,” kata AFC dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, AFC mengenakan hukuman penggantun­gan selama 12 bulan dengan jumlah denda yang sama ke atas Farizal selepas dia mengasari pengadil pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC bagi zon Asia Tenggara berdepan Ceres Negros, 31 Mei lalu.

Mengikut kepada hukuman awal, Farizal digantung bermula 9 Jun lalu hingga 9 Jun tahun depan.

Malah, mengikut keputusan jawatankua­sa berkenaan juga, Farizal dikehendak­i menyelesai­kan denda dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan berkenaan mengikut Artikel 11.3 dan dia juga diberi amaran hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya mengulangi kesalahan sama.

 ??  ?? Tempoh penggantun­gan Farizal dipendekka­n daripada setahun kepada lapan bulan, semalam.
Tempoh penggantun­gan Farizal dipendekka­n daripada setahun kepada lapan bulan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia