Berita Harian

Irfan buru mata penentuan

Elak terima kekalahan untuk pastikan gelaran terjamin

- Oleh Faizul Azlan Razak

Skuad Penyu memburu tiga mata penuh sekalipun berdepan pendahulu liga, Kuala Lumpur dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam ini.

Pengendali skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim, menyifatka­n pertembung­an dua pasukan teratas liga akan menjadi penentu dalam misi memburu takhta liga musim ini.

Katanya, pasukannya tidak boleh sesekali tewas dalam perlawanan malam ini, malah setidak-tidaknya memungut satu mata.

“Perlawanan malam esok (malam ini) menjadi ‘titik pemisah’ buat pasukannya dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini.

“Selepas bertemu Kuala Lumpur, kami akan menghadapi satu lagi pencabar kejuaraan musim ini, Negeri Sembilan pada Selasa ini di laman sendiri,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Pemain utama beraksi

Pengendali berusia 66 tahun itu berkata, dia sudah memiliki kesebelasa­n pemain yang akan diturunkan malam ini dan berharap apa yang dirancang menjadi.

Katanya, dia merehatkan beberapa pemain utama ketika aksi Piala Malaysia yang menyaksika­n pasukan terikat tanpa jaringan dengan Sarawak, Selasa lalu.

“Saya terpaksa melakukan pertukaran pemain utama bagi dapat berehat yang secukupnya untuk menentang Kuala Lumpur nanti.

“Malah, saya juga tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua pemain utama boleh diturunkan dalam perlawanan malam esok (malam ini),” katanya.

Dalam aksi pusingan pertama, Terengganu berjaya mengatasi Kuala Lumpur 2-1 pada Februari lalu.

 ??  ?? Irfan mahu pemain fokus berdepan pendahulu liga, Kuala Lumpur, malam ini.
Irfan mahu pemain fokus berdepan pendahulu liga, Kuala Lumpur, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia