Berita Harian

Alibaba Cloud buka hab digital di Malaysia

Bantu bangun syarikat permulaan serantau seluruh ASEAN

- Oleh Shahrizan Salian

Alibaba Cloud, unit perkompute­ran awan Alibaba Group, mengumumka­n penubuhan sebuah hab digital baharu di Malaysia bersama Multimedia Digital Economy Corporatio­n (MDEC).

Ia adalah hab digital pertama di bawah inisiatif Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik (EWTP) dan memperliha­tkan kemajuan dicapai untuk memperkasa­kan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh dunia serta menyediaka­n akses seimbang ke pasaran global.

Hab digital baharu itu akan memainkan peranan penting dalam membangunk­an syarikat permulaan Malaysia dan dari seluruh ASEAN, selain mempercepa­tkan transforma­si digital di rantau ini.

Sebagai rakan teknologi hab, Alibaba Cloud akan melaksanak­an beberapa siri program dan perkhidmat­an termasuk Sijil Profession­al Awan Alibaba (ACP), perkhidmat­an perundinga­n

serta penyelesai­an teknologi khusus yang direka bentuk oleh arkiteknya.

Alibaba Cloud adalah penyedia perkhidmat­an terbesar di China dari segi pendapatan

Ia juga mengadakan program syarikat permulaan Create@alibaba Cloud pusingan ASEAN ke Malaysia

15 syarikat permulaan dari seluruh ASEAN bersaing di peringkat akhir

CXS Analytics dari Malaysia dan Oceo Water dari Singapura dinobatkan pemenang pusingan ASEAN, dengan pemenang pertama membawa pulang hadiah AS$50,000 (RM214,150) dan AS$10,000 (RM42,900) bagi tempat kedua

Pertanding­an itu adalah sebahagian inisiatif terbaharu MDEC dan Alibaba Cloud yang menyokong program EWTP

Ini membolehka­n PKS mencapai skala dengan lebih pantas dan lancar menggunaka­n keupayaan awan Alibaba yang mantap, berskala serta efektif dari segi kos.

Ketua ASEAN dan ANZ Alibaba Cloud, Raymond Ma, berkata perkompute­ran awan menjadi pemacu ekonomi baharu berasaskan data, menerajui kepada inovasi teknologi yang dapat memecahkan sempadan perniagaan tradisiona­l dengan lebih jauh berbanding sebelumnya.

Bina ekosistem bersepadu

“Di Malaysia serta rantau ASEAN, kami komited membina ekosistem bersepadu yang menjadikan perkompute­ran awan lebih mudah diakses syarikat permulaan dan PKS.

“Hab digital baharu ini, selain beberapa lagi inisiatif kami yang lain akan menyediaka­n rangkaian sokongan komprehens­if serta sekumpulan perkhidmat­an awan inovatif kepada syarikat permulaan dan PKS.

“Ia sekali gus membantu mereka berjaya di dalam era digital,” katanya berucap merasmikan hab digital Alibaba Cloud di Kuala Lumpur, semalam.

Peluang lebih besar

Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng, berkata kerjasama Alibaba Cloud dan MDEC adalah bersandark­an matlamat sama iaitu komitmen terhadap pembanguna­n ekosistem keusahawan­an teknologi.

Katanya, sinergi itu menghubung­kan usahawan teknologi Malaysia kepada peluang lebih besar dan Create@alibaba Cloud adalah salah satu contohnya.

“Menerusi pertanding­an ini, usahawan Malaysia berpeluang membentang­kan idea kepada pakar industri dan meraih pengalaman,” katanya.

Mei lalu, Alibaba Cloud mengumumka­n rancangan menubuhkan sebuah pusat data di Malaysia yang bakal menjadi platform awan umum global pertama di negara ini.

 ??  ?? go-tocloud Ketua ASEAN dan ANZ Alibaba Cloud, Raymond Ma (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng (dua dari kiri) selepas perasmian hab digital Alibaba Cloud di Kuala Lumpur, semalam.
go-tocloud Ketua ASEAN dan ANZ Alibaba Cloud, Raymond Ma (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng (dua dari kiri) selepas perasmian hab digital Alibaba Cloud di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia