Berita Harian

NAZA ITALIA

Perkenal Laferrari Aperta

-

Che Wan Badrul Alias

Naza Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi kereta Ferrari di Malaysia, memperkena­lkan model edisi terhad, Laferrari Aperta sebagai simbol ikonik sempena ulang tahun ke-70 jenama kereta supersport itu.

Model berharga RM6.8 juta itu tidak termasuk duti dan hanya 209 unit dikeluarka­n di seluruh dunia, ditawarkan menerusi jemputan eksklusif kepada pelanggan sedia ada yang memiliki sehingga enam unit Ferrari.

Ketua Pegawai Operasi Naza Italia, Farid Sulaiman, berkata kereta supersport terbaru dari Maranello itu menerima suntikan teknologi terbaik, prestasi dinamik dan gaya unik yang menzahirka­n secara tepat jenama Ferrari untuk tujuh dekad.

Ciri istimewa

Katanya, siri istimewa versi Spider itu dijana enjin hibrid yang sama seperti coupe iaitu enjin 6,262cc V12, digabungka­n bersama motor elektrik 120 kw bagi meledakkan kuasa keseluruha­nnya 963 cv.

“Kriteria ditetapkan Ferrari amat ketat, mereka akan melihat jika pelanggan masih memiliki enam kereta terbabit yang didaftar di bawah Ferrari dalam garaj barulah pelanggan akan menerima jemputan untuk memilikiny­a.

“Model ini dijual pada harga bermula daripada RM6.8 juta. Setakat ini dua pembeli dari negara ini bakal menerima model ikonik ini pada awal tahun hadapan,” katanya kepada media selepas pelancaran kereta itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA World, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Turut berlangsun­g Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke70 Ferrari di Malaysia yang bakal menyusul dengan acara kemuncak konvoi Ferrari dari Kuala Lumpur ke tapak UNESCO di Pulau Pinang.

Platform pengukuh jenama

Sementara itu, Farid berkata, syarikat dijadualka­n melancarka­n pameran Ferrari City baharu bernilai RM3 juta di Naza Pla tinum Park menjelang akhir September ini.

Katanya, pelancaran pameran Ferrari City itu akan menjadi platform penting mengukuhka­n kehadiran jenama kereta supersport Ferrari di kawasan utama bandar metropolit­an Kuala Lumpur.

“City Showroom akan memiliki ruang pameran untuk model utama, model terkini atau sebarang siri istimewa yang akan dikeluarka­n pada masa depan.

“Cuma bagi perkhidmat­an servis, mereka masih perlu menghantar­nya ke pusat servis di Petaling Jaya,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO YAZIT RAZALI / BH ] ?? (Dari kiri) Pengarah NAZA Italia, SM Faliq SM Nasimuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Hab Asia Barat, Dieter Knechtel, SM Faisal dan Farid pada pelancaran siri Laferrari Aperta di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO YAZIT RAZALI / BH ] (Dari kiri) Pengarah NAZA Italia, SM Faliq SM Nasimuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Hab Asia Barat, Dieter Knechtel, SM Faisal dan Farid pada pelancaran siri Laferrari Aperta di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia