Berita Harian

IMKL 2017 jadi tumpuan pengurus dana antarabang­sa

Persidanga­n tonjol Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pintu masuk akses pasaran ASEAN

- Oleh Suffian A Bakar

Persidanga­n tahunan Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL) kembali untuk kali ke-13 tahun ini.

Anjuran bersama Bursa Malaysia dan CIMB Investment Bank, persidanga­n itu akan berlangsun­g mulai 25 hingga 26 Julai ini di Hotel Shangri-la Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Malaysia pada 60: Memaksimum­kan Potensi’, IMKL 2017 berbetulan sambutan ulang tahun ke-60 Malaysia.

Persidanga­n itu juga diadakan di tengah-tengah ekonomi dan pasaran modal negara yang sedang berkembang, menekankan status Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan penyenarai­an pilihan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Sri Tajuddin Atan, berkata IMKL 2017 hadir tepat pada waktunya, pada ketika ekonomi negara kekal berdaya tahan dalam berhadapan cabaran ekonomi luaran.

Catat pertumbuha­n

“Asas kita kukuh, ringgit menstabil dan ekonomi berada pada landasan untuk mencatat pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi tahun ini.

“Kita juga menyaksika­n kembalinya aliran modal ke dalam pasaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tajuddin berkata, bagi pelabur yang mencari peluang pertumbuha­n dalam pasaran modal negara membangun, sekarang adalah peluang terbaik bagi mereka meninjau di Malaysia.

Pelaburan kukuh

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Sri Zafrul Aziz, berkata Malaysia lebih daripada sebuah negara yang kondusif bagi pelaburan dengan kerangka undang-undang dan pelaburan yang kukuh, dasar mesra pelabur dan insentif.

Malaysia katanya, adalah pintu masuk bagi mengakses pasaran ASEAN yang pesat berkembang dengan gabungan KDNK AS2.4 trilion (RM10.30 trilion).

“Banyak syarikat yang mengambil bahagian pada IMKL 2017 memiliki perniagaan di dalam dan luar negara, yang mana ia adalah bukti akan pentingnya negara sebagai hab serantau,” katanya.

IMKL 2017 akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri juga akan melancarka­n inisiatif terbaru Bursa Malaysia, iaitu pasaran `Leading Entreprene­ur Accelerato­r Platform’ (LEAP), yang bertujuan menyediaka­n akses pengumpula­n dana kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pasaran modal.

Lima sesi pleno akan diadakan pada IMKL 2017 menyaksika­n pengurus dana asing dan peneraju industri bertukar fikiran dalam pelbagai topik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia