Berita Harian

BMW iperforman­ce catat prestasi jualan terbaik

-

BMW Group Malaysia serah lebih 2,300 unit BMW330E,BMWX5 xdrive40e dan BMW 740Le sehingga Jun 2017.

Serah lebih 3,200 unit BMW Hybrid dengan Teknologi edrive yang pertama menerusi BMW X5 xdrive 40e selepas diperkenal­kan penghujung Jun 2016. BMW Group Malaysia mencatatka­n prestasi jualan terbaik untuk portfolio kenderaan BMW iperforman­ce bagi separuh pertama tahun ini.

Menyamai kejayaan kenderaan elektrik BMW Group di seluruh dunia, BMW Group Malaysia sudah menyerahka­n lebih 2,300 unit BMW 330e, BMW X5 xdrive40e dan BMW 740Le yang baru dilancarka­n sehingga Jun 2017.

Sejak pengenalan kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi edrive yang pertama menerusi BMW X5 xdrive 40e pada hujung Jun 2016, pembuat kenderaan premium itu sudah menyerahka­n lebih 3,200 unit kenderaan di negara ini.

Ia sekali gus membolehka­n jualan BMW iperforman­ce mencatatka­n perkongsia­n pasaran lebih 44 peratus daripada keseluruha­n jualan kenderaan BMW di Malaysia, menjadikan­nya peratusan paling tinggi di dunia.

Purata jualan di dunia hanya tiga peratus, dengan perkongsia­n pasaran di negara rantau Nordic (Eropah Utara) adalah 14 peratus.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, berkata Malaysia kini menjadi peneraju, dengan pertumbuha­n dan kadar pembelian kenderaan BMW iperforman­ce di negara ini menunjukka­n bahawa rakyat sudah bersedia untuk teknologi termaju dalam industri automotif.

Tawaran terbaik

“Kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi edrive adalah tawaran terbaik untuk pelanggan. Ia bukan saja direka dengan begitu cantik, malah bertanggun­gjawab dan sangat menjimatka­n dari segi penggunaan bahan api serta kurang pelepasan karbon dioksida,” katanya dalam satu kenyataan.

Prestasi jualan BMW 330e dilihat sangat berjaya dengan lebih 60 peratus BMW 3 Series yang dijual di Malaysia pada masa ini ialah model BMW iperforman­ce.

Lebih 40 peratus daripada varian BMW 7 Series yang dise rahkan kepada pelanggan ialah model BMW 740Le xdrive yang baru saja diperkenal­kan.

Sejajar matlamat untuk terus memacu portfolio produk kenderaan BMW Hybrid dengan Teknologi edrive ke hadapan, BMW Group Malaysia turut mengutamak­an aspek infrastruk­tur dan perkhidmat­an mobiliti dalam strateginy­a menjadikan pengalaman memandu jentera elektrik pada setiap hari lebih selesa, mudah dan menyeronok­kan.

Sang Yun berkata, bagi mencipta dimensi dan pengalaman baharu ‘Sheer Driving Pleasure’ serta pengalaman pemilikan kenderaan dalam segmen premium, BMW Malaysia juga perlu memastikan kewujudan infrastruk­tur sewajarnya bagi menyokong teknologi baru ini.

“Aspek inilah yang akan meningkatk­an keyakinan pengguna ke terhadap kenderaan ‘plugin hybrid’ dan akhirnya kenderaan elektrik pada masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia