Berita Harian

IM3I sedia internet lebih pantas, murah di Johor

-

Projek Infrastruk­tur Bersepadu Komunikasi Maklumat Iskandar Malaysia (IM3I) bakal mewujudkan platform digital sendiri di Johor, sekali gus menyediaka­n internet berkelajua­n tinggi dan lebih murah.

Pelaksanaa­n projek itu akan dilaksanak­an menerusi kerjasama tiga pihak bagi membentuk sebuah syarikat dikenali sebagai IM3I Sdn Bhd bagi menyediaka­n infrastruk­tur yang diperlukan untuk membina platform internet berkelajua­n tinggi.

Syarikat IM3I dimiliki oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebanyak 40 peratus, Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskan dar (IRDA) (30 peratus) dan sebuah syarikat swasta, Applied Business Technologi­es Sdn Bhd (ABT) (30 peratus).

Meterai kerjasama

Ketigatiga syarikat itu, hari ini memeterai kerjasama strategik menerusi anak syarikat masingmasi­ng iaitu Digital Indulgence Sdn Bhd (KPRJ), My Iskandar Sdn Bhd (IRDA) dan ABT Network (ABT) bagi membentuk IM3I.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pembentuka­n syarikat itu bertujuan mewujudkan ‘platform digital’ untuk negeri ini dengan penyediaan internet berkelajua­n tinggi sekali gus mem perkenalka­n digital ke Johor.

“Kerajaan negeri menerusi KPRJ dan IRDA serta sebuah syarikat swasta itu akan memulakan perancanga­n yang diperlukan termasuk mendapatka­n lesen daripada kerajaan pusat dalam masa terdekat.

“Jadi, kita lakukan ini untuk kepentinga­n Johor terutama bagi pelabur yang memerlukan internet lebih laju selain murah untuk menjalanka­n perniagaan mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPRJ 2017 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Abd Razak Mohd Yusoff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia