Berita Harian

Untung suku kedua Maxis RM484 juta

Perolehan meningkat 14.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Maxis Bhd mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM484 juta pada suku kedua tahun ini, peningkata­n sebanyak 14.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pencapaian itu dipacu oleh perolehan sebelum faedah, cu kai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang lebih tinggi dan caj harta tanah, loji dan kelengkapa­n yang lebih rendah.

Kumpulan itu juga mencatat hasil perkhidmat­an sebanyak RM2.122 juta, meningkat 3.3 peratus daripada RM2.055 juta pada tahun lalu, disokong oleh pengekalan prestasi pascabayar dan prabayar walaupun berhadapan dengan persaingan yang sengit.

Hasil pascabayar meningkat dua peratus RM998 juta berbanding RM978 juta tahun lalu, dengan asas pelanggan yang kukuh menghampir­i 1.9 juta pe langgan Maxisone dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) bu

Selain itu, hasil prabayar turut meningkat 2.9 peratus ke RM984 juta berbanding RM956 juta pada suku kedua tahun lalu.

Teraju pasaran prabayar 4G

Hotlink FAST, peneraju pasaran prabayar 4G dengan ARPU yang tinggi sebanyak RM44, mempunyai lebih dari 1.8 juta langganan yang telah meningkat tiga kali ganda dari tahun lalu

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan, Morten Lundal, secara keseluruha­nnya, suku kedua adalah suku yang amat positif.

“Kami merekodkan prestasi kewangan kukuh dengan skor kepuasan pelanggan yang paling tinggi.

“Keutamaan kami adalah untuk terus memberi pengalaman rangkaian yang terbaik dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang tidak dapat ditandingi di semua saluran.

“Ini akan menjadi lebih baik apabila kami mencapai pendigital­an sepenuhnya dan berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai citacita ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengalaman tiada tandingan

Maxis Bhd juga turut mengukuhka­n usaha dalam memberi pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

“Semakin ramai rakyat menikmati pengalaman data yang pantas di rangkaian 4G LTE terkemuka kami yang kini telah mencapai 89 peratus daripada penduduk negara.

“Rakyat di negara ini sukakan Internet dan ia terbukti apabila penggunaan data LTE telah meningkat hampir dua kali ganda dari 3.7GB sebulan pada suku kedua tahun lalu ke 7.0GB suku kedua ini.

“Kami mengakhiri suku ini dengan 5.6 juta pengguna 4G LTE, meningkat dari 3.5 juta setahun yang lalu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia