Berita Harian

Malaysia, Indonesia mahu bawa isu sawit ke WTO

Susulan cadangan EU henti guna minyak sayuran dalam biodiesel

-

penggunaan minyak sayuran dalam biodiesel yang dihasilkan menerusi cara tidak mapan dan membawa kepada penebangan hutang menjelang tahun 2020.

Resolusi itu termasuk minyak sawit, komoditi penting bagi Indonesia dan Malaysia yang menghasilk­an hampir 90 peratus minyak sawit dunia.

Kenyataan itu berkata, keduadua negara Asia Tenggara terbabit akan berjumpa pada hujung bulan ini bagi membincang dan menyelaras isu minyak sawit.

Anjur misi ke Eropah

Ia termasuk menganjurk­an misi bersama ke Eropah untuk berhubung dengan pihak berkaitan dan mereka yang berkepenti­ngan.

Kedua-dua negara itu akan menyelaras rancangan menerusi Lembaga Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), satu inisiatif bersama antara Malaysia dan Indonesia bagi bekerjasam­a dalam menguruska­n bekalan dan menyokong harga.

“Malaysia dan Indonesia akan mempertimb­ang untuk membawa isu ini kepada WTO jika resolusi itu menjadi satu arahan daripada EU dan bersifat diskrimina­si,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia.

Industri minyak sawit berhadapan kritikan meluas beberapa tahun kebelakang­an ini kerana dikaitkan dengan penebangan hutan dan sering dituduh menjadi punca jerebu di rantau berkenaan.

Ia susulan cara pembakaran terbuka yang sering digunakan sebagai jalan mudah untuk membersihk­an kawasan tanaman.

Awal bulan ini, Perancis berkata ia akan mengambil langkah untuk mengetatka­n penggunaan minyak sawit dalam menghasilk­an bahan api bio.

Malaysia menganggap langkah itu sebagai diskrimina­si dan ia menambah akan menyemak semula daganganny­a dengan Perancis manakala persatuan minyak sawit Indonesia berkata ia bimbang langkah itu akan disusuli oleh negara Eropah yang lain.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Perancis mengambil langkah mengetatka­n penggunaan minyak sawit dalam menghasilk­an bahan api bio.
[ FOTO AGENSI ] Perancis mengambil langkah mengetatka­n penggunaan minyak sawit dalam menghasilk­an bahan api bio.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia