Berita Harian

ADB naikkan unjuran pertumbuha­n ekonomi Asia

-

Manila: Bank Pembanguna­n Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuha­n ekonomi 2017 dan 2018, bagi rantau ini, susulan peningkata­n eksport menerusi pengeluara­n telefon pintar, kereta sehingga kepada barangan pengguna yang mendapat permintaan tinggi di peringkat global.

Pengembang­an Asia - yang terdiri daripada 45 negara di rantau Asia Pasifik - dijangka berkembang 5.9 peratus dan 5.8 peratus tahun ini dan seterusnya, menurut ADB yang berpangkal­an di Manila mengulas perkembang­an terkini Unjuran Perkembang­an Asia, semalam.

Ia meningkat berbanding unjuran pada April, iaitu 5.7 peratus untuk kedua-dua tahun berkenaan.

Pertumbuha­n lebih baik

Peningkata­n permintaan global sejak akhir tahun lalu, memberi momentum kepada ekonomi yang bergantung kepada perdaganga­n Asia, dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menunjukka­n pertumbuha­n lebih baik.

Data terkini Tinjauan Pembanguna­n, menaikkan unjuran pertumbuha­n China pada 2017 dan 2018 masing-masing kepada 6.7 peratus dan 6.4 peratus, daripada 6.5 peratus dan 6.2 peratus, dipacu penggunaan yang kukuh dan peningkata­n penghantar­an.

Ekonomi China mengatasi jangkaan dengan pertumbuha­n 6.9 peratus pada suku kedua, yang mana sebahagian­nya didorong oleh eksport dan pengeluara­n lebih kukuh.

“Meskipun terdapat ketidakpas­tian yang menjejaska­n pemulihan ekonomi global, kami menjangkak­an ekonomi di rantau ini berada dalam kedudukan baik untuk menghadapi cabaran situasi semasa,” kata Yasuyuki Sawada, Ketua Ekonomi ADB menerusi satu kenyataan.

Inflasi di rantau ini juga dijangka terus terkawal, dibantu oleh harga makanan dan harga minyak, katanya,

Menurut ADB lagi, ia akan mengurangk­an unjuran inflasi tahun ini kepada 2.6 peratus daripada 3.0 peratus, dan jangkaan kepada 3.0 peratus daripada 3.2 peratus, tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia