Berita Harian

FBM KLCI susut 1.64 mata

Pengurus dana asing jual pegangan pengaruhi prestasi pasaran

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan pengurus dana asing mengurangk­an pegangan bersih dalam pasaran pesat membangun, termasuk Malaysia, bagi separuh kedua tahun ini, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang dibuka lebih tinggi hari ini, ditutup pada 1,755.63, susut 1.64 mata, selepas bergerak antara 1,753.96 dan 1,759.85 sepanjang hari ini.

Pada jam 9 pagi, indeks berkenaan dibuka 2.58 mata lebih tinggi kepada 1,759.85 berbanding 1,757.27 ketika ditutup kelmarin.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 465 berbanding 373, manakala 381 kaunter tidak berubah, 609 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.72 bilion saham bernilai RM2.01 bilion, daripada 2.17 bilion saham bernilai RM2.29 bilion kelmarin.

Ketua Penyelidik­an Inter-pacific Securities, Pong Teng Siew, berkata pengurus dana asing menjual saham dalam pasaran pesat membangun secara sedikit demi sedikit pada separuh kedua tahun ini.

“Pelabur ini mengambil keuntungan. Kesimpulan­nya, penilaian pasaran pesat membangun, termasuk Malaysia adalah pada aliran menaik sejak awal tahun ini, jadi mereka sedang menjual pegangan mereka,” katanya.

Antara indeks berkaitan kaunter, Maybank kurang dua sen kepada RM9.62, Tenaga susut empat sen kepada RM14.08 dan CIMB turun 11 sen kepada RM6.31.

Public Bank tidak berubah pada RM20.36. Antara saham aktif, Frontkn naik dua sen kepada 38.6 sen, Mlab menokok satu sen kepada 22 sen dan Mpay bertambah dua sen kepada 26 sen, bagaimanap­un Bornoil turun setengah sen kepada 10.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 17.75 mata kepada 12,516.72, Indeks FBM Emas Syariah turun 24.59 mata kepada 12,703.76 dan Indeks FBMT 100 kurang 17.08 mata kepada 12,158.95.

FBM 70 merosot 42.46 mata kepada 14,904.40 bagaimanap­un FBM Ace naik 7.46 mata kepada 6,809.02.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan kurang 2.88 mata kepada 3,266.43, Indeks Perladanga­n turun 1.39 mata kepada 7,871.50 dan Indeks Kewangan merosot 41.23 mata kepada 16,655.33.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.21 bilion saham bernilai RM1.89 bilion daripada 1.43 bilion saham bernilai RM2.13 bilion pada Rabu.

Waran pula merosot kepada 89.09 juta unit bernilai RM8.87 juta daripada 211.54 juta unit bernilai RM17.26 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE sebanyak 414.26 juta saham bernilai RM102.42 juta berbanding 522.91 juta saham bernilai RM137.89 juta pada Rabu.

Barangan pengguna menyumbang 48.94 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (312.86 juta), pembinaan (121.73 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (471.26 juta), teknologi (62.59 juta), infrastruk­tur (13.51 juta), SPAC (806,000), kewangan (59.48 juta), hotel (5.92 juta), hartanah (93.86 juta), perladanga­n (13.79 juta), perlombong­an (10,700), REIT (5.28 juta) dan dana tertutup (sifar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia