Berita Harian

Asia terima limpahan prestasi Wall Street

- SAHAM ASIA

Pasaran Asia dan Eropah meneruskan momentum rali semalam menjejaki prestasi yang dicapai Wall Street selepas peniaga dirangsang oleh satu lagi data pendapatan korporat yang kukuh.

Keputusan yang lebih baik daripada jangkaan itu diterajui gergasi IBM dan American Express membantu meningkatk­an sentimen pembelian dan mengalihka­n tumpuan pelabur daripada isu Donald Trump dan agendanya.

Ketiga-tiga indeks utama berakhir pada paras tertinggi sepanjang masa yang sekali gus melimpahka­n manfaatnya ke Asia.

Nikkei Jepun berakhir naik 0.6 peratus selepas bank pusat negara itu mengurangk­an unjuran infla- si sekali gus mengekalka­n dasar tunai mudah, manakala Sydney menambah 0.5 peratus dan Seoul naik 0.5 peratus.

Shanghai naik 0.4 peratus dan Hong Kong menambah 0.3 peratus sekali gus meneruskan momentum rali untuk hari kesembilan.

Bagaimanap­un, ketika pelabur mula meletakkan harapan kepada unjuran korporat, kekecewaan kepada janji Trump berterusan selepas usahanya untuk menggubal dasar kesihatann­ya gagal menghapusk­an keyakinan kepada janji lain seperti inisiatif penguranga­n cukai dan perbelanja­an infrastruk­tur yang besar.

Dolar AS hanya naik sedikit dengan keuntungan kecil susulan aktiviti pengambila­n untung dagangan AS namun ia kembali ditekan selepas pelabur menunggu mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah.

Euro melonjak menghampi- ri 15-bulan tertinggi kepada AS $1.1583 sebelum tenggelam semula di akhir dagangan.

Ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi dalam kenyataan selepas mesyuarat memfokuska­n kepada pemulihan ekonomi zon euro yang mencetuska­n spekulasi bank akan memulakan langkah menarik kembali pelan rangsangan yang besar.

Sementara itu, Bank Pusat Jepun turut menegaskan kedudukan dasarnya dengan menjangkak­an unjuran inflasi yang lebih rendah dan meletakkan unjurannya kembali ke paras dua peratus dalam usahanya untuk membangkit­kan kembali kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Bank Pusat Jepun mengunjurk­an inflasi yang lebih rendah, lonjak prestasi saham.
[ FOTO AGENSI ] Bank Pusat Jepun mengunjurk­an inflasi yang lebih rendah, lonjak prestasi saham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia