Berita Harian

RAHSIA CECAIR EMAS

Kelebihan madu turut diceritaka­n dalam al-quran

-

Kelebihan lebah disebut secara terperinci dalam al-quran menerusi Surah an-nahl yang bermaksud lebah.

Dalam surah itu, Allah SWT memberi petunjuk dan panduan dalam ikhtiar manusia mencari jalan penyelesai­an terutama yang membabitka­n kesihatan.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu di tempat yang diperbuat manusia.

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhk­an manusia. Sesungguhn­ya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orangorang yang berfikir.” (Surah an-nahl, ayat 68 hingga 69)

Bukan itu saja, madu adalah antara makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Perkara ini diakui isteri Baginda, Aisyah seperti yang diriwayatk­annya bahawa Rasulullah SAW menyukai makanan yang manis dan madu. (Shahih al-bukhari)

Bukan hanya boleh memberikan kekenyanga­n tetapi juga madu turut dikenali sejak beberapa kurun sebagai bahan yang digunakan dalam perubatan.

Daripada Ibnu Abbas meriwayatk­an Rasulullah bersabda “Penyembuha­n terdapat pada tiga hal, (yakni) berbekam, minum madu atau kayy (pengubatan dengan menempelka­n besi yang dibakar). Namun aku melarang umatku untuk melakukan kayy”.

Ikhtiar dan tawakal

Pendakwah bebas, Johari Abdul Wahab, berkata banyak dalil daripada al-quran dan hadis yang membuktika­n khasiat keistimewa­an madu lebah ini terutama dari segi perubatan.

Abu Sa‘id al-khudri meriwayatk­an bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah, beliau berkata sesungguhn­ya saudaraku sakit perut, Rasululah SAW bersabda, “Minumkanla­h madu kepadanya”.

Lelaki itu pulang dan melakukan apa yang disarankan Rasulullah SAW. Tidak lama kemudian, lelaki itu datang semula dan berkata “Wahai Rasulullah! Aku telah memberikan saudaraku minum madu, namun tidak berhasil melainkan bertambah parah”.

Maka Rasulullah SAW bersabda “Apa yang dikatakan Allah SWT itu benar, sedangkan perut saudaramu yang telah berdusta. Pergilah dan berikannya minum madu”.

Lelaki itu pulang dan selepas memberikan saudaranya madu, saudaranya sembuh. (Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir)

Hadis di atas menunjukka­n kita perlu berikhtiar untuk mencari jalan merawat penyakit, tetapi berusaha untuk mengubatin­ya dan bertawakal kepada Allah.

Ujian makmal tentu ketulenan

Johari yang juga pemilik syarikat pengimport madu lebah Yaman di bawah jenama Rayhanah berkata bukan mudah untuk menentukan madu itu asli tanpa campuran melainkan ia disahkan menerusi ujian makmal dan mendapat sijil pengesahan terutama dari negara mengekspor­tnya.

“Cerita yang kita dengar mengenai madu tidak dihurung semut, boleh menyebabka­n telur mentah masak atau tidak boleh menggunaka­n sudu besi adalah mitos semata-mata.

“Bukan mudah untuk menentukan ketulenan madu. Cara saintifik yang dilakukan adalah dengan menjalanka­n ujian makmal. Seperti madu yang diimport dari Yaman, pihak berkuasa di negara itu mengeluark­an sijil pengesahan ketulenann­ya, jadi tidak timbul madu yang bercampur,” katanya.

Banyak negara di dunia ini yang mengeluark­an dan mengekspor­t madu seperti China, Slovenia, Sepanyol, Turki, Australia, New Zealand dan Yaman.

Namun, rasa dan warna setiap madu yang dituai berbeza mengikut bentuk muka bumi dan bunga di kawasan habitat lebah.

Bercerita mengenai istimewany­a madu dari Yaman, Johari berkata, ia dituai dengan cara bersih dan dan moden. Bagi madu sidr dituai setahun sekali pada November selepas musim hujan, manakala madu dari pokok summur dan marai dituai dua kali setahun.

Tiada bahan kimia atau proses yang bukan semula jadi digunakan untuk menuai madu lebah.

Penjaga lebah memastikan ketulenan madu dan sanggup membiarkan lebah mati daripada memberinya minum air gula, katanya.

Lazimnya, lebah dari satu-satu sarang akan melakukan 37,000 perjalanan untuk menghasilk­an setengah kilogram madu tetapi lebah yang makan nektar dari bunga sidr akan mati selepas hanya tiga kali perjalanan.

Lebah yang lemah tidak mampu bertahan dengan nektar dari pokok sidr.

Keistimewa­an madu Yaman adalah ia mempunyai kelebihan lima kali lebih daripada madu yang didapati daripada lebah ternak.

“Madu dari sidr ini turut mempunyai kekuatan membunuh bakteria,” katanya.

Hanya ujian makmal dapat tentukan keaslian produk Banyak dalil daripada al-quran dan hadis yang membuktika­n khasiat madu lebah ini terutama dari segi perubatan”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Johari Abdul Wahab, Pengimport Madu Yaman ??
Johari Abdul Wahab, Pengimport Madu Yaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia