Berita Harian

Gabungan seni moden dan Islam

Keunikan hasil karya tarik minat bangsa lain

-

Sering kali apabila berbicara mengenai seni hiasan dinding berkonsepk­an Islam, kita akan mengaitkan dengan seni hiasan dari Asia Barat, tidak kira corak dinding rumah atau tulisan ayat al-quran atau zikir yang digantung di dinding ruang tamu atau bilik.

Tidak dinafikan kebanyakan hiasan dinding di pasaran adalah yang lebih menjurus kepada seni hiasan atau khat dari negara Islam di Asia Barat yang lebih berat dan sarat.

Namun, sejak kebelakang­an ini banyak pihak yang mula menghasilk­an karya hiasan dinding Islamik yang tidak mengikut cara lama.

Antaranya seni kufi yang tidak begitu kelihatan huruf jawinya dengan tulisan bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang serta kelihatan lebih moden.

Menyedari hakikat ini, dua sahabat baik, Kamarul Akhbar Che Ismail, 34 dan Kamarulazh­an Abdullah,

36, menerusi jenama Cufica mula mencipta kelainan dengan menghasilk­an seni hiasan dinding dengan ilham seni pop dan jalanan dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

“Apabila bercakap mengenai seni Islam, ramai yang mengaitkan dengan warna hitam, emas dan perak selain seni dari Asia Barat. Tetapi kami mahu menampilka­n kelainan dengan mengutarak­an seni pop dan jalanan, tetapi mempunyai elemen Islamik,” katanya.

Beliau berkata, hasil rekaannya banyak diilhamkan daripada seni pop yang dipopulark­an oleh tokoh pergerakan seni visual Amerika Syarikat, Andy Warhol.

Warna terang

Beliau berkata kebanyakan hiasan dinding yang dihasilkan mengetenga­hkan warna lebih terang serta bersinar, ada juga yang menggunaka­n warna pastel lembut untuk disesuaika­n dengan perabot moden.

Menerapkan konsep ringkas, hasil seni hiasan dinding itu ada yang menggunaka­n kanvas kalis air seperti khat ayat Kursi yang ditulis tangan. Kedudukan ayat di tengah memudahkan tumpuan untuk fokus berikutan masih banyak ruang kosong.

Antara karya yang dihasilkan Cufica adalah zikir, doa, nama Allah serta Nabi Muhammad menggunaka­n tulisan rumi dan Jepun.

“Tidak semua orang pandai membaca alquran atau tulisan jawi terutama yang baru mahu mengenali Islam. Jadi dengan zikir dan doa dalam tulisan rumi sedikit sebanyak memudahkan mereka untuk membacanya,” katanya.

Ubah persepsi

Menyentuh karya tulisan Allah dan Nabi Muhammad dalam karakter Jepun, Kamarul Akhbar berkata, banyak tempat solat di Jepun menggunaka­n tulisan itu untuk menunjukka­n ia adalah surau atau masjid.

Kepuasan baginya ialah apabila karya Cufica turut dibeli pembeli bukan Islam yang mahu menghias ruang tamu rumah mereka dengan hiasan gabungan seni moden dan Islam, mudahmudah­an melihat hiasan itu hati mereka akan lembut dan tertarik dengan Islam.

Beliau juga bersyukur kerana pendekatan itu berjaya mengubah persepsi terutama golongan muda yang suka dengan fesyen terkini untuk meminati hasil seni Islam Cufica yang sekali gus dapat memupuk semangat cintakan agama.

“Sejak mula memasarkan karya seni moden yang digabungka­n dengan seni Islam ini, kami menerima tempahan dari seluruh dunia menerusi perniagaan dalam talian dan juga di kedai di Sentul East D7,” katanya.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Perhiasan bercorak Islamik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Perhiasan bercorak Islamik di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? Kamarul Akhbar Che Ismail
Kamarul Akhbar Che Ismail
 ??  ?? Kamarulazh­an Abdullah
Kamarulazh­an Abdullah
 ??  ?? Karakter Jepun turut digunakan dalam karya mereka.
Karakter Jepun turut digunakan dalam karya mereka.
 ??  ?? Antara karya seni moden yang dihasilkan Cufica.
Antara karya seni moden yang dihasilkan Cufica.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia