Berita Harian

Gewang anak Pahang

Produk buatan Nas Ahmad diterima pemancing tempatan, luar negara

-

Cita-cita besar Mohd Nasrullah Ahmad ketika mengenali aktiviti memancing sejak 2012 ialah mahu memasarkan dan menjual gewang buatannya sendiri ke luar negara.

Hari ini, cita-cita pemuda berusia 31 tahun tidak lagi sekadar cakap kosong apabila gewang buatan tangan daripada dia sendiri berjaya dijual ke Singapura, Brunei, China dan Perancis secara dalam talian atau online.

Gewang menggunaka­n jenama NCR Handmade Lure diuji oleh pembelinya dari luar negara dalam beberapa trip memancing, dan ramai mengakui hasil kerjanya itu setanding dengan gewang jenama popular seperti Rapala, Storm dan Yo Zuri.

Ini membuatkan tempahan mendapatka­n gewang buatannya meningkat. Permintaan pemancing tempatan dan kedai yang menjual peralatan memancing di seluruh negara ini, juga semakin bertambah.

Tiada kemahiran, rujuk majalah

Apa pun, Mohd Nasrullah atau dikenali dengan panggilah Nas Ahmad yang mula memancing sejak berusia 10 tahun berkata, perjalanan untuk sampai ke tangga itu, tidak semudah yang dicakapkan kerana dia bermula daripada kosong.

“Pada waktu itu, saya langsung tidak ada sebarang pengetahua­n bagaimana cara atau teknik membuat gewang.

“Pada 2012, tidak ada pusat latihan kemahiran yang menawar latihan atau kursus untuk membuat gewang,” katanya .

Bekas pelajar Kursus Kejurutera­an Elektrik Eletronik, Sekolah Teknik Pertanian Chenor, Pahang itu berkata, cita-cita asalnya untuk menjadi pelukis komik, namun tidak mendapat sokongan ibu bapa.

Nas Ahmad yang meminati teknik mengilat atau casting, berkata dia mula membuat gewang untuk kegunaan sendiri berpanduka­n maklumat daripada majalah berkaitan dengan aktiviti memancing dan melihat Youtube.

Gewang yang dihasilkan akan diuji sendiri oleh beliau dan kawan rapat di beberapa paya, tasik dan sungai.

Guna kayu pulai

Dari situ, ada yang memuat naik kehebatan gewang buatannya dalam laman sosial seperti Facebook.

“Saya menggunaka­n batang kayu pulai kerana hasilnya lebih baik dari segi apungan, lembut dan mudah diukir dan dibentuk.

“Sebelum ini, saya gunakan kayu jati, me ranti dan pine tetapi disebabkan permintaan terhadap gewang saya bertambah dan kayu pula sukar diperoleh, saya beralih kepada kayu pulai yang banyak terdapat di tepi sungai di Pahang,” katanya.

Nas Ahmad berkata projek membuat gewang yang beliau usahakan bermula dengan modal RM1,500 hingga RM2,000 dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak 2013.

 ??  ?? Nas Ahmad dengan hasil tangkapan menggunaka­n gewang
buatan sendiri.
Nas Ahmad dengan hasil tangkapan menggunaka­n gewang buatan sendiri.
 ??  ?? Antara koleksi umpan tiruan yang dihasilkan Nas Ahmad.
Antara koleksi umpan tiruan yang dihasilkan Nas Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia