Berita Harian

‘DIA BUKAN KEKASIH SAYA’

Nelydia akui sekadar berkawan dengan suami bekas pelakon popular

-

Sedikit pun dia tidak menunjukka­n reaksi terkejut, sebaliknya pelakon wanita ini tergelak besar tatkala diajukan pertanyaan adakah benar dirinya sedang menjalinka­n hubungan dengan bekas suami kepada aktres popular.

Rupa-rupanya, pertanyaan berkenaan bukanlah kali pertama dikemukaka­n kepadanya kerana sebelum ini pun, sudah ramai yang mendengar cerita itu termasuk rakan artis sendiri.

Bagaimanap­un tegas Nelydia Senrose, walaupun mengenali lelaki yang dimaksudka­n, namun tiada apa yang perlu disembunyi­kan kerana semua itu adalah gosip semata-mata.

“Memang saya ada mendengar cerita itu dan kononnya ada yang nampak kami keluar bersama.

Malah, ada juga yang bertanyaka­n, apakah benar kami merancang untuk mendirikan rumah tangga.

“Hakikatnya, semua itu palsu. Saya berani untuk tampil ke depan menafikan perkara itu. Saya akui kami berkawan, tetapi hubungan itu terbatas sebagai kawan biasa.

“Tidak juga dinafikan kami memang ada keluar bersama, tetapi bukanlah secara berdua-duaan. Sebaliknya ditemani kakak, adik dan juga rakan lain. Kadangkala kami terserempa­k di lokasi yang sama,” terang Nelydia ketika ditemui pada majlis pelancaran wangian terbaru Avon, Viva La Vita, yang turut menjadikan dirinya sebagai duta, di ibu negara, baru-baru ini.

Idam lelaki pembimbing

Menurut gadis berusia 22 tahun ini, barangkali disebabkan statusnya yang masih solo membuatkan ramai yang membuat pelbagai andaian mengenai jodohnya.

“Sejujurnya sejak putus cinta empat tahun lalu, agak sukar untuk saya menerima kehadiran cinta sebarang lelaki. Maklumlah sajalah, dulu masa bercinta, saya masih remaja, jadi kesannya masih dirasa sampai sekarang. Saya ambil masa yang lama untuk mengutip kembali kepingan hati yang retak untuk dicantum semula.

“Andai jodoh saya tiba, biarlah lelaki itu seorang yang baik, matang dan mampu membimbing saya menjadi seorang isteri yang solehah,” ujar adik kepada pelakon, Uqasha Senrose, ini.

Namun, pelakon yang mula meledak namanya menerusi drama Setia Hujung Nyawa ini berkata, pengalaman putus cinta sebelum ini juga memberi impak positif dalam hidupnya.

“Sepanjang tempoh empat tahun itu, saya banyak mengenali diri sendiri dengan lebih baik, selain semakin dekat dengan keluarga. Perkara

itulah yang membahagia­kan saya,” ujarnya.

Daler bukan ambil kesempatan

Mengenai insiden pelakon, Daler Yusuf, terpegang bahagian dadanya ketika membonceng motosikal seperti yang tersebar di alam maya, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini berkata, pada awalnya dia tidak menyedari perkara itu.

Insiden berkenaan berlaku ketika keduaduany­a terbabit dalam penggambar­an drama Encik Suami Mat Salih Celup.

“Memang saya tak fikir apa-apa pun sehinggala­h Daler menelefon saya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku. Apabila saya melihat kembali rakaman terbabit, barulah saya perasan. Itu pun selepas melihat versi gerak perlahan yang dibuat netizen.

“Saya bagaimanap­un tak rasa Daler cuba ambil kesempatan dan saya minta dia supaya tidak terlalu memikirkan perkara itu.

“Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal dan sudah tentu banyak perkara yang berada dalam fikiran. Soal keselamata­n pembonceng dan saya sendiri, jurukamera yang berada di hadapan lagilah membuatkan saya tidak fokus apa yang berlaku. Sedar-sedar ada bonggol dan terpaksa berhenti mengejut,” jelasnya.

Bakal berganding dengan kakak

Beralih kepada kerjaya seninya, Nelydia berkata, ada berita gembira yang ingin disampaika­n buat peminatnya dan Uqasha.

Katanya, jika tiada aral melintang mereka bakal disatukan dalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.

“Inilah drama bersiri pertama menyaksika­n kami memegang watak utama. Ada watak hitam dan ada watak putih. Memang saya tak sabar untuk masuk ke lokasi penggambar­annya,” kata pelakon yang bakal muncul dengan filem Jebat, berganding­an dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Bercerita mengenai pelantikan­nya sebagai duta haruman itu pula, Nelydia berkata, dia sangat teruja kerana selepas melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya tuah menyebelah­i dirinya.

“Selepas beberapa kali berada dalam senarai simpanan, akhirnya saya diberi peluang untuk menjadi duta. Avon sememangny­a dekat dengan diri saya sejak dulu lagi kerana dari kecil lagi, saya sudah didedahkan dengan jenama ini berikutan konsepnya dijual dari rumah ke rumah.

“Apa yang membuatkan saya lebih teruja adalah peluang untuk bertemu dengan semua pengguna dan stokis serta berjumpa dengan seluruh duta haruman ini pada peringkat antarbangs­a,” katanya sambil mengukir senyuman manis.

Inilah drama bersiri pertama menyaksika­n kami memegang watak utama. Ada watak hitam dan ada watak putih. Memang saya tak sabar untuk masuk ke lokasi penggambar­an” Nelydia Senrose, Pelakon

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ]
 ??  ?? Pengarah Asia Pacific Firmenich, Luc Berreit menunjukka­n demostrasi membuat minyak wangi sambil diperhatik­an oleh Nelydia.
Pengarah Asia Pacific Firmenich, Luc Berreit menunjukka­n demostrasi membuat minyak wangi sambil diperhatik­an oleh Nelydia.
 ??  ??
 ??  ?? Presiden Avon Malaysia, Romulus Sirbu dan Nelydia pada majlis pelancaran minyak wangi Avon Viva La Vita.
Presiden Avon Malaysia, Romulus Sirbu dan Nelydia pada majlis pelancaran minyak wangi Avon Viva La Vita.
 ??  ?? Uqasha
Uqasha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia