Berita Harian

IKUT CAKAP SUAMI

Hanez Suraya tak lagi aktif berlakon

-

Selepas mendirikan rumah tangga, lebih dua tahun lalu, kelibat pelakon Hanez Suraya di kaca televisyen sememangny­a sudah jarang dilihat lagi.

Justeru, tidak kurang peminat yang berteka-teki, apakah si jelita berkenaan tidak lagi berminat untuk berkongsi bakatnya dengan orang ramai?

Bertemu dengannya di Shah Alam, baru-baru ini, Hanez, 32, meleraikan segala pertanyaan yang berbuku di hati.

Kata wanita ini, beliau takkan lagi aktif dalam lakonan bagi menghormat­i permintaan suami, Romie Razin Adilha Abdul Jais, 37.

Ingin tambah zuriat

Hanez, 32, yang sudah lebih sedekad berada dalam dunia hiburan berkata, suaminya mahu beliau memberikan tumpuan terhadap keluarga.

“Suami tidak mengizinka­n saya berlakon dan mahu saya tumpukan perhatian kepada keluarga, terutama anak yang masih kecil.

“Jujurnya, saya dan suami sedang berusaha untuk menambah zuriat memandangk­an usia saya juga makin bertambah,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri mereka di sini.

Lebih 500 tetamu memeriahka­n majlis julung kali dianjurkan pasangan terbabit, termasuk 100 anak yatim dan pelajar tahfiz.

Rumah tangga bahagia

Hanez juga tak menolak tanggapan suaminya cemburu dan kurang gemar apabila beliau tidak berada di rumah dalam tempoh masa yang lama.

Wanita yang mula mencuri tumpuan menerusi watak antagonis dalam drama Love You Mr Arrogant ini berkata, minat terhadap dunia seni bagaimanap­un tidak pernah terpadam.

“Apa pun, kalau ada watak atau penampilan istimewa yang hanya membabitka­n babak tertentu, saya sedia mempertimb­angkan,” katanya.

Hanez pada masa sama bersyukur kerana rumah tangganya terus bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang.

Berkahwin pada

Mac 2015, mereka kini dikurniaka­n seorang cahaya mata, Putri Aleesya, yang berusia setahun.

Suami tidak mengizinka­n saya berlakon dan mahu saya tumpukan perhatian kepada keluarga, terutama anak yang masih kecil” Hanez Suraya, Pelakon

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ?? Hanez Suraya (empat dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Shah Alam, baru-baru ini.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] Hanez Suraya (empat dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia