Berita Harian

Artis popular semarakkan acara

Majlis makan malam sempena 60 tahun BH hangat dengan persembaha­n penyanyi terkenal

-

Kemeriahan sememangny­a cukup dirasa pada majlis makan malam sempena 60 tahun BH yang berlangsun­g di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Dengan kehadiran lebih 500 tetamu terdiri daripada pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (MPB), The

New Straits Times Press (NSTP) dan BH, selain warga kerja serta bekas kakitangan akhbar berkenaan, suasana ceria dan penuh nostalgia cukup dirasa oleh setiap mereka yang hadir.

Sesuai dengan sambutan Aidilfitri yang masih diraikan, majlis meraikan usia enam dekad akhbar perentas generasi itu juga bertambah meriah dengan kemunculan tetamu dalam pelbagai gaya mengikut tema, iaitu baju Melayu dan kurung.

Antara pengurusan tertinggi yang sudi memeriahka­n majlis makan malam berkenaan ialah Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhish­am Othman.

Gandingan buai emosi

Menyemarak­kan lagi acara tentu saja kemunculan beberapa artis di pentas persembaha­n.

Tidak ketinggala­n menghangat­kan acara ialah Haiza, Ayda Jebat, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Yuka Kharisma dan suaminya yang juga peniup saksofon, Ahmad Jeffny atau Jeff.

Memulakan segmen persembaha­n ialah Jeff yang juga bekas anggota kumpulan Tilu. Tampil di pentas kirakira jam 8 malam, beliau mempesonak­an hadirin dengan beberapa lagu solo.

Yuka pula kemudianny­a memperkena­lkan lagu hari raya ciptaannya sendiri, Selamat Aidilfitri, sebagai hiburan buat semua yang hadir. Tidak cukup dengan irama rancak berkenaan, beliau berganding­an dengan suaminya mempersemb­ahkan lagu Tunggu Sekejap, yang semestinya cukup membuai emosi. Suara merdu Yuka dengan tiupan saksofon Jeff menjadi antara persembaha­n tumpuan pada malam terbabit.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMA ?? Ismail (lima dari kiri), Abdul Jalil (empat dari kiri; dan Mahfar (empat dari kanan) bergambar dengan warga kerja BH berusia 60 tahun ke atas.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMA Ismail (lima dari kiri), Abdul Jalil (empat dari kiri; dan Mahfar (empat dari kanan) bergambar dengan warga kerja BH berusia 60 tahun ke atas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Aiman Tino menghiburk­an tetamu dengan lagu raya, Lara Dalam Kerinduan.
Aiman Tino menghiburk­an tetamu dengan lagu raya, Lara Dalam Kerinduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia