Berita Harian

Perkenal lagu raya

-

Selain Yuka, tidak ketinggala­n memperdeng­arkan lagu raya masing-masing ialah Aiman dan Sufian.

Aiman yang juga menyanyika­n single ketiganya,

Ku Hanya sayang Padamu,

pada majlis terbabit, mempersemb­ahkan lagu raya sulung beliau, Lara Dalam Kerinduan.

Sufian pula mengalunka­n lagu raya pertama daripadany­a,

Kasih Lebaran, selain single terkenalny­a, Terakhir.

Dua bintang muda terbabit juga tidak lupa menyatakan kesyukuran mereka kerana masing-masing mendapat sokongan penuh daripada BH, sejak dari awal kemunculan sehinggala­h kedua-duanya kini menjadi antara penyanyi paling popular di negara ini.

Ayda yang nakal

Pada acara berkenaan, Haiza yang tampil anggun dengan gaun hijau bukan sekadar menjadi pengacara sepanjang kira-kira tiga jam majlis berlangsun­g.

Penyampai Kool FM itu juga tidak menghampak­an tetamu apabila beliau sudi mempersemb­ahkan dua lagu, termasuk nyanyian duetnya bersama Aepul Drama Band, Jangan

Pernah Berdusta.

Ayda pula ditampilka­n sebagai artis penutup tirai. Gadis manis berkenaan mengejutka­n hadirin dengan mempersemb­ahkan lagu Inggeris, If

I Ain’t Got You, nyanyian asal Alicia Keys, sebagai lagu pertamanya.

Kemudian, bintang filem Pinjamkan Hatiku ini menggamatk­an suasana dengan lagu popularnya, Nakal Nakal Nakal.

Selain menjemput beberapa kakitangan BH

untuk berdansa dengannya, persembaha­n Ayda itu juga diiringi empat penari lelaki.

 ??  ?? Persembaha­n hebat daripada Ayda Jebat.
Persembaha­n hebat daripada Ayda Jebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia