Berita Harian

Neelofa, Fazura jadi rujukan

-

Menjadikan Neelofa,

Nur Fazura dan Rozita

Che Wan sebagai inspirasi untuk berjaya dalam perniagaan, Hanis sentiasa melihat pencapaian selebriti terbabit sebagai rujukan.

“Saya mahu menjadi seperti mereka. Setiap apa yang mereka lakukan dan muat naik di Instagram, saya akan kaji untuk melihat pencapaian masingmasi­ng. Malah, saya sendiri terikut dengan cara mereka dalam menguruska­n perniagaan.

“Orang sentiasa beranggapa­n, kononnya mudah bagi selebriti menceburka­n diri dalam perniagaan kerana mereka sudah ada nama. Sebaliknya, ia agak sukar kalau produk yang kita keluarkan itu tidak betulbetul mampu menarik perhatian pelanggan,” katanya yang menjadikan pengalaman bertubuh gempal suatu ketika dulu sebagai testimoni kepada produknya.

Pernah dikaitkan bercinta dengan anak saudara Datuk Khalid Mohd Jiwa, suatu ketika dulu, Hanis kini enggan terlalu terbuka dalam soal percintaan kerana gusar apa yang diperkatak­an tidak menjadi kenyataan.

Elak hebah kisah cinta

Mengambil langkah untuk tidak terlalu bercerita mengenai kisah peribadiny­a, Hanis bagaimanap­un berkongsi, beliau mengimpika­n seorang lelaki yang soleh dan mampu membimbing serta menyokongn­ya dalam karier seni.

“Saya ada berkawan dengan seseorang, tetapi tidaklah serius. Apabila sudah terkena sekali, tak mungkin saya akan uaruarkan lagi kisah percintaan.

“Bukan juga tiada lelaki yang cuba hendak rapat, tetapi saya sudah meletakkan perniagaan dan karier seni sebagai fokus utama, berbanding percintaan,” katanya.

 ??  ?? Fazura
Fazura

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia