Berita Harian

Tuah dapat ikan raja

-

Usianya baru 15 tahun tetapi Muhammad Duane Anaqi Roshdi kelihatan petah bercakap ketika memberi penjelasan mengenai teknik mengilat atau casting.

Anak kedua daripada tiga beradik sudah lebih sembilan tahun aktif dalam dunia memancing, cukup yakin untuk menerangka­n salah satu kaedah memancing popular dalam kalangan pemancing yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini.

Setiap Sabtu atau

Ahad atau cuti umum, pemancing kelahiran

Kuala Lumpur itu biasanya akan mengikut ayahnya, Roshdi Nordin memancing di paya, tasik dan sungai terutama di sekitar Perak.

Katanya, dia mula diperkenal­kan dengan aktiviti ini ketika berusia 6 tahun apabila kerap mengikuti ayah dan bapa saudaranya pergi memancing di paya dan sungai ketika pulang ke kampung neneknya di Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

“Pada mulanya, saya ingin cuba memancing menggunaka­n joran dan umpan tiruan. Apabila berjaya dapat ikan raja atau peacock bass dan saiznya pula besar, mendorong saya untuk terus aktif.

Kena kerja keras naikkan ikan raja

“Saya berasa tercabar, apabila ada kaki pancing mengatakan kejayaan menaikkan ikan raja itu sebagai tuah pemancing baharu.

“Bagi mereka mustahil seorang kanak-kanak, seperti saya dapat menaikkan ikan berkenaan,” katanya.

Duane Anaqi berkata, baginya dalam dunia memancing tidak ada yang mustahil sekiranya sentiasa berusaha untuk memperbaik­i kelemahan.

Katanya, ikan raja mempunyai pelbagai warna dan buruan kaki pancing kerana ia terkenal dengan kekuatan atau pecutan padu ketika melepaskan diri apabila tertelan mata pancing.

“Biasanya pemburu raja akan bekerja keras untuk menjinakka­n ikan itu. Ikan ini mampu memutuskan tali pancing dengan cara memasuki reba atau membelit kayu.

“Ikan raja juga mampu membuat lompatan untuk melepaskan diri atau membuang umpan pada mulutnya,” kata Duane Anaqi sering mengikut ayahnya memancing di Air Kuning dan Simpang Pulai di Ipoh.

Kenangan manis memancing di Jepun

Mengenai kenangan manis dalam dunia memancing, Duane Anaqi berkata, tahun lalu dia memancing di Tasik Biwa, Jepun iaitu lokasi memancing yang terkenal dalam kalangan pemancing di dunia.

“Tasik itu dipenuhi dengan ikan largemouth bass dan bluegills.

“Ketika di tasik itu, saya naik bot memancing bersama ayah dan seorang rakannya iaitu Haruki Takeda.

“Haruki bawa kami ke beberapa lubuk istimewa untuk menaikkan ikan bersaiz besar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Duane Anaqi (kanan) bersama ayahnya Roshdi dan Haruki Takeda (kiri) ketika mancing di Tasik Biwa, Jepun.
Muhammad Duane Anaqi (kanan) bersama ayahnya Roshdi dan Haruki Takeda (kiri) ketika mancing di Tasik Biwa, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia