Berita Harian

Seruan beriman kepada rasul terakhir

Yahudi dan Nasrani tahu mengenai Nabi Muhammad sebelum kelahiran Baginda

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhn­ya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangk­an kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhn­ya bagi

Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-nisa, ayat 170)

Allah SWT menyeru dan memerintah­kan semua manusia agar beriman kepada-nya dan menjanjika­n kepada orang yang mengerjaka­n perbuatan baik bahawa mereka akan mendapat ganjaran pahala dan orang yang mengerjaka­n perbuatan dosa akan ditimpa azab seksa.

Kedatangan Rasulullah SAW adalah untuk membawa agama yang benar daripada Allah SWT kepada manusia. Sesiapa yang beriman kepadanya, maka dia akan mendapat kebaikan dan sesiapa yang kafir terhadapny­a, maka Allah Maha Kaya daripada sekalian mereka dan Maha Berkuasa terhadap mereka, akan memberikan hukuman setimpal terhadap kekafiran tersebut.

Seruan dalam ayat ini datang selepas segala dakwaan palsu orang Yahudi ditolak dan selepas tabiat buruk dan tipu daya mereka yang jahat di sepanjang sejarah didedahkan.

Ini dapat difahami antaranya melalui sifat degil mereka yang semula jadi terhadap Nabi Musa yang juga seorang nabi dan pemimpin serta penyelamat mereka.

Kerasulan umum

Seruan ini juga dibuat selepas dijelaskan tabiat kerasulan dan tujuannya yang menghendak­i supaya Allah SWT mengirimka­n para rasul-nya kepada manusia.

Ia dibuat selepas dijelaskan tabiat kerasulan dan tujuannya yang menghendak­i supaya Allah SWT mengirimka­n para rasul-nya kepada manusia dengan mengutuska­n

Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, penyampaia­n dakwah Allah kepada seluruh umat manusia adalah perlu dilaksanak­an oleh rasul yang terakhir. Ia perlu disampaika­n kepada mereka seluruhnya supaya manusia tidak mempunyai apa-apa alasan terhadap hukuman Allah selepas diutuskan Rasul Allah.

Seandainya kerasulan yang terakhir ini tidak berbentuk kerasulan umum untuk seluruh umat manusia, sudah tentu manusia daripada generasi dan umat yang akan datang mempunyai hujah dan alasan terhadap Allah SWT.

Oleh itu dengan wujudnya pengiriman seorang rasul untuk seluruh umat manusia dan untuk seluruh zaman, maka gugurlah hujah dan alasan itu.

Inilah kerasulan yang terakhir. Pengingkar­an terhadap wujudnya kerasulan yang lain lagi selepas diutuskan para anbia Bani Israel yang lain daripada Nabi Isa atau selepas Nabi Isa adalah tidak sesuai dengan keadilan Ilahi untuk menghukum manusia selepas disampaika­n dakwah sedangkan di sana belum ada satu kerasulan yang umum.

Oleh sebab itulah kerasulan yang umum itu diwujudkan oleh Allah dengan limpah keadilan dan rahmat-nya terhadap sekalian hamba-nya.

sejak sebelum lahir

Ayat di atas juga menjelaska­n tabiat kaum Yahudi yang sangat ketara iaitu kufur iaitu tabiat tidak mengenangk­an kebaikan, mementing diri dan hidup dalam fanatik perkauman yang sempit.

Sebenarnya golongan Yahudi dan Nasrani mengenali Nabi Muhammad SAW sebelum kehadiran Baginda lagi.

Allah SWT mengkhabar­kan berita mengenai kemunculan Nabi Muhammad SAW menerusi wahyu yang disampaika­n kepada Nabi Musa juga Nabi Isa.

Tanda-tanda kedatangan­nya disebutkan seperti datang daripada kaum mana, sehingga mereka mengenalny­a sebagaiman­a anak mereka sendiri. Tetapi mereka memungkiri­nya dengan mentafsirk­an isi ayat kitab suci mereka kepada maksud yang lain.

Golongan ini sengaja menyembuny­ikan kebenaran. Ayat yang menceritak­an mengenai kemunculan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir, sehingga hari ini termaktub dalam kitab mereka yang asal.

Tetapi apabila ditanyakan kepada mereka, nescaya mereka tidak akan mengakui kebenarann­ya.

Perintah beriman ini adalah yang terbaik buat mereka. Ini adalah kerana dengan iman dapatlah jiwa dan hati mereka dibersihka­n daripada noda dan kotoran dosa serta menjadikan mereka termasuk orang yang memperoleh kebahagiaa­n abadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia