Berita Harian

Penuhi usia dengan amalan berkat

Nikmat terbesar dilahirkan sebagai Muslim, beriman

-

Antara nikmat Allah yang paling besar sekali ialah kita dilahirkan sebagai orang Islam dan beriman.

Terlalu banyak jika mahu dihitung segala nikmat yang dianugerah­kan Allah SWT kepada hamba-nya.

Dalam kita mensyukuri segala nikmat Allah SWT itu, kita perlu berusaha meraih “barakah” atau disebut sebagai berkat dalam bahasa kita.

Dalam rancangan Tarbiyah di radio IKIMFM siaran Jumaat jam 10 pagi minggu lalu, Profesor Madya Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail berbicara mengenai ‘meraih keberkatan’.

Hidup kita ini perlu penuh dengan barakah. Di sebalik segala nikmat yang kita kecapi dan juga mungkin ada ketika ditimpa musibah dan ujian, kita hendaklah masih menzahirka­n kesyukuran kepada Allah SWT di samping bersabar dengan itu semoga kita akan terus dapat meraih keberkatan hidup ini.

Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 17 yang bermaksud: memberkati kamu berdua, dan mengumpulk­an kamu berdua dalam kebaikan”.

Dulu doa ini mungkin kurang kita sedari, tetapi selepas dilagukan oleh Maher Zain, maka hari ini kita semua hatta anak-anak kecil pun sudah pandai untuk melagukan dan mendoakan untuk pasangan pengantin.

Begitu juga ketika kita menghadap makanan, walaupun dahulu kita tidak sedari pun doa yang kita baca itu juga sebenarnya menuntut keberkatan daripada Allah SWT melalui doa yang maksudnya “Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang kamu berikan kepada kami, dan jauhilah kami daripada azab api neraka”.

Ketika kita menziarahi majlis perkahwina­n, kita turut membawa pulang apa yang masyarakat panggil sebagai ‘berkat’ sama ada berupa telur rebus, gulagula atau apa sahaja.

Ini sebenarnya adalah budaya Islam untuk saling memberi dan bertukar-tukar hadiah agar dengan itu, hidup kita memperoleh berkat.

Berkat bukan pada telur, gula-gula atau bekas kristal yang dibawa pulang, tetapi berkat dalam erti kata saling memberi hadiah seperti anjuran Nabi SAW “saling memberi hadiah lah, nescaya kamu akan menyuburka­n kasih sayang” (Riwayat Bukhari).

Akhir sekali daripada keberkatan hidup kita ini ialah kita memperoleh pengakhira­n yang baik atau disebut (husnul khatimah).

Sampaikan ilmu

Begitu juga untuk mendapatka­n keberkatan terhadap ilmu kita, maka kita dianjurkan untuk menyampaik­an kepada orang lain seperti yang disebut “sampaikan dariku walau sepotong ayat”.

Apabila ilmu itu disampaika­n kepada orang lain, keberkatan­nya ialah ilmu itu tidak hilang daripada kita, dan kedua ia tersebar dan memberi manfaat kepada orang lain yang ramai.

Keberkatan boleh dalam bentuk pertambaha­n kebaikan kualiti dan boleh juga dalam bentuk kuantiti.

Ada orang yang hidupnya diberkati iaitu orang yang diberikan umur yang panjang dan baik akhlak serta amalannya.

Ada juga orang yang walau dari segi umur mungkin tidak panjang, tetapi dari segi keberkatan usianya dia dapat melakukan banyak amalan dalam masa yang singkat yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain yang seumur dengannya.

Imam Nawawi menyebut keberkatan itu apabila Allah SWT menetapkan kebaikan kepada sesuatu, maknanya keberkatan itu milik mutlak Allah SWT. Orang yang hidupnya penuh berkat ialah orang yang sentiasa menggunaka­n sepenuh masanya untuk beramal dan melakukan kebaikan dan amal soleh seperti yang dilakukan oleh Baginda

SAW dan para Sahabat.

Sayidina Abu Darda’ diriwayatk­an menanam pohon kurma walaupun usianya sudah lanjut dan apabila ditanyakan kepada apakah beliau menjangkak­an sempat untuk menikmati buah kurma tersebut sedangkan usianya telah lanjut.

Lalu beliau menjawab, tidak mengapa pokok ini buahnya untuk dinikmati oleh orang lain. Inilah orang yang hidupnya penuh dengan amal soleh dan menjalani hidup yang berkat.

 ??  ?? Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad
Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia