Berita Harian

Pusat latihan dalam masjid

Kemudahan pertama di Selangor disasar kepada pelajar tahfiz

-

Pusat latihan lengkap dengan kemudahan asrama yang disediakan oleh Masjid An-nur Temasya Glenmarie, Shah Alam menunjukka­n peranan besar pengurusan masjid dalam memastikan perkembang­an ilmu dalam kalangan masyarakat Muslim.

Mencipta sejarah tersendiri sebagai masjid pertama di Selangor yang mewujudkan pusat latihan, kemudahan itu disasarkan kepada pelajar aliran tahfiz dengan modul disediakan sendiri oleh pihak pengurusan masjid.

Pengurus Masjid An-nur, Mohd Hazizul Mohammed Ghouth berkata, sementara ini pusat latihan berkenaan masih belum beroperasi memandangk­an mereka masih mengumpul dana bagi menyediaka­n kemudahan bersesuaia­n.

Ia secara tidak langsung memastikan kursus jangka pendek yang dianjurkan pengurusan masjid berjalan dalam suasana lebih sistematik dan tidak mengganggu ruang solat sedia ada.

“Kami jangka pusat latihan lengkap dengan asrama yang boleh dihuni 30 orang peserta dalam satu masa ini akan beroperasi beberapa bulan lagi.

“Setakat ini, pihak masjid giat mengumpulk­an dana bagi membiayai keperluan menyediaka­n kemudahan untuk pusat latihan dan sekitar masjid dijangka menelan belanja RM500,000,” katanya.

Cabaran kendali masjid baharu

Masjid serba putih dengan rekaan seni bina bercirikan Islamik kontempora­ri ini dibuka kepada umum sejak 23 Mac lalu.

Ahli Lembaga Tadbir, Masjid An-nur, Datuk Nasri Nasrun berkata, banyak cabaran dihadapi dalam menguruska­n masjid baharu terutama dalam mengkaji keperluan penduduk dan kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan.

“Kariah di kawasan ini agak pasif dan ia sebenarnya lebih mendapat tumpuan masyarakat yang bekerja di sekitar Glenmarie dan dipenuhi jemaah pada hari Isnin hingga Jumaat.

“Jadi, pihak masjid buat Pengurus Masjid An-nur masa ini perlu melakukan eksperimen bagi mengenal pasti program yang bersesuaia­n dengan ahli kariah sekitar,” katanya.

Bahkan, mereka turut berdepan dengan kesukaran menghulurk­an sumbangan kepada golongan asnaf yang hampir tiada dalam kawasan kariah masjid.

Masjid komuniti komprehens­if

Berhasrat menjadi masjid komuniti yang komprehens­if, pembinaann­ya mempertimb­angkan banyak perkara termasuk mengambil iktibar daripada pembinaan rumah ibadat sedia ada.

Umpamanya, ruang solat utama tidak disediakan terlalu besar, supaya tidak nampak kosong atau suram pada waktu solat harian memandangk­an kebanjiran jemaah biasanya pada solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri saja.

Bagaimanap­un, bagi ruang solat utama, ia masih boleh menampung sehingga 1,000 jemaah dan ruang luar masjid pula boleh dipenuhi sehingga 3,000 orang dalam satu masa.

Antara kemudahan pula termasuk empat unit kuarters untuk imam dan bilal, pondok wakaf, rumah tamu dan gelanggang badminton.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN/ BH ] ?? Seni bina unik Masjid An-nur, Glenmarie
[ FOTO OSMAN ADNAN/ BH ] Seni bina unik Masjid An-nur, Glenmarie
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia