Berita Harian

KAWASAKI Z900 ABS

Lebih ringan, lebih responsif

-

Dalam kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi, umum mengetahui Kawasaki sememangny­a pakar dalam penghasila­n enjin 4 silinder sebaris, yang dapat dijejaki sejak ia mula mengeluark­an Legenda Raja Kuasa, Z1 (900cc) pada 1972.

Meneruskan mitos siri, Kawasaki Z900 ABS dipertaruh­kan pada tahun ini sebagai pengganti Z800. Ia menggunaka­n enjin 948 cc, empat silinder sebaris penyejukan cecair dan mampu menghasilk­an 124 hp pada 9,500 rpm dan 98.6 Nm tork pada 7,700 rpm.

Kuasanya adalah 13 hp lebih berbanding enjin Z800 dengan berat keseluruha­n 21 kilogram (kg), 21 kg lebih ringan.

BH Auto berpeluang menunggang uji jentera ini pada minggu lalu, sumbangan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.

Reka bentuk Sugomi

Dari segi luaran, Z900 ABS menerapkan gaya lagenda Sugomi yang menampilka­n rekaan tajam secara agresif berserta peletakan enjin yang padat. Sugomi bermaksud mengagumka­n, kesan sukar dilupakan, menggerunk­an dari segi kedudukan dan keupayaan serta menurut perintah. Ia menjadi elemen teras prestasi dan gaya supernaked keluarga Z.

Z900 ABS dilengkapi suspensi fork terbalik 41mm di depan dan monoshock, belakang. Panel instrumen menggunaka­n skrin LCD dengan tiga mod tunggangan, selain daripada lampu shift pada meter rpm.

Umumnya ia adalah jentera baharu serba baharu, dengan tidak banyak perkara yang dikongsi dengan model sebelumnya selain beberapa asas reka bentuk.

Dari segi tunggangan, Kawasaki Z900 ABS suspensi fork terbalik 41mm di depan dan monoshock, belakang bergerak harmoni dengan brek cakera 300mm bersama kaliper 4piston dan cakera 250mm dngan kaliper piston tunggal belakang, sekali gus menjadikan tunggangan selesa dan meyakinkan.

Tunggangan Agresif

Selain itu, rangka ultraringa­n membolehka­n penunggang dengan mudah mengharung­i jalan sesak dan mencabar.

Agak menarik juga,

Z900 ABS dilengkapi klac slipper, yang boleh mengelakka­n lantunan pada tayar belakang semasa menurunkan gear secara agresif, selain menjadikan genggaman klac lebih selesa dan lembut.

Model asas Z900 ditawarkan dalam warna kelabu, manakala model edisi khas dijual dalam warna biru. Model edisi khas Z900 ABS didatangka­n sekali bersama penutup tempat duduk belakang, penutup meter, soket

DC, skrin radiator, slider badan, pelindung enjin, slider di tayar hadapan dan grafik yang istimewa.

Kesimpulan­nya, jika anda peminat enjin empat silinder sebaris dan mahu menikmati tunggangan agresif seharian atau pada hujung minggu, Z900 ABS adalah antara model yang wajar dipertimba­ngkan.

Ia bersandark­an tawaran harga yang dikira mampu milik iaitu RM49,158 untuk model asas, RM50,959 untuk model edisi khas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Meneruskan legasi reka bentuk Sugomi.
Meneruskan legasi reka bentuk Sugomi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia