Berita Harian

VOLVO V40 T5

Volvo kembalikan segmen hatchback, reka bentuk lebih menarik

-

Inscriptio­n versi dipertingk­atkan

Volvo Car Malaysia, memperkena­lkan Volvo V40 T5 Inscriptio­n versi peningkata­n bagi pasaran tempatan.

Ini adalah barisan baharu bagi siri V40 yang memberikan reka bentuk lebih terampil, selain mengembali­kan segmen hatchback seperti Volvo siri 90.

Barisan V40 di Malaysia disatukan dalam satu varian saja, iaitu V40 T5, dengan varian V40 T4 dan V40 Cross Country sebelum ini dihentikan buat waktu ini.

Penggunaan powertrain Drive-e baharu semakin meluas digunakan merentas barisan kenderaan Volvo dengan V40 T5 Inscriptio­n turut menggunaka­nnya.

Dipacu enjin 2.0L

Volvo V40 T5 Inscriptio­n kini digerakkan dengan enjin 2.0 liter 4 silinder baharu yang dikongsi bersama model lain. Digabungka­n dengan transmisi automatik 8 kelajuan bersumberk­an Aisin, V40 T5 Drive-e baharu itu berupaya memecut dari 0 ke 100km/j dalam 6.3 saat dengan mencapai kelajuan maksimum 245 km/j.

V40 T5 Inscriptio­n juga menawarkan yang terbaik dari segi ciri keselamata­n seperti City Safety, Autonomous Emergency Braking

(AEB), Blind Spot Informatio­n System, Cross Traffic Alert dan Park Assist Pilot.

Pengarah Urusannya, Lennart Stegland, berkata pengenalan barisan baharu V40 sangat penting bagi pihaknya kerana ia adalah model jualan terbaik Volvo Malaysia selepas XC90.

Lennart berkata, kehadiran V40 T5 Inscriptio­n ini diharap dapat terus meningkatk­an jualan kenderaan Volvo Malaysia, selain terus menjadi pilihan pengguna dalam segmennya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? V40 model jualan terbaik Volvo.
V40 model jualan terbaik Volvo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia