Berita Harian

PEUGEOT 208

Penjimatan satu tangki penuh untuk perjalanan 1,000km

-

Cekap tenaga, jimat minyak

Pasti ramai yang tidak percaya, setangki penuh Peugeot 208 Puretech mampu menempuh perjalanan sehingga 1,000 kilometer.

Adakah ia benar atau hanya khayalan saja?. Untuk mengetahui keupayaan sebenar model ini, penulis memandu uji selama empat hari untuk menempuh perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya ke Kelantan.

Apa yang boleh disimpulka­n, ternyata enjin Puretech yang dilengkapk­an pada enjin turbo 1.2-liter tiga silinder yang menghasilk­an 112 PS dan 205 Nm tork memberi penjimatan yang menakjubka­n.

Walaupun jumlah kuasanya sedikit lebih rendah berbanding dengan unit VTI 1.6-liter empat silinder sebelum ini, jumlah tork yang dihamburka­n meningkat sebanyak 45 Nm dan ia dijana jauh lebih awal iaitu pada 1,500 rpm. Ini memberikan­nya kelebihan dari segi pecutan dari kedudukan pegun.

4.2 L /100km

Menurut Peugeot, 208 Puretech mampu mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 4.2 liter bagi setiap 100 kilometer dengan adanya bantuan daripada teknologi Auto Start Stop yang dikatakan dapat menghidupk­an enjin 40 peratus lebih pantas dari sebelumnya.

Ditambah dengan tangki sebesar 50 liter, hatchback ini secara teorinya mampu bergerak sejauh 1,190 km atau dari Pulau Pinang ke Singapura tanpa perlu mengisi minyak.

Dari aspek reka bentuk, perubahan yang diberikan tidaklah begitu ketara. 208 Puretech menampilka­n rekaan bampar hadapan baharu dengan jeriji yang lebih besar manakala di bahagian belakangny­a pula terdapat lampu LED dengan efek cakaran 3D

Melengkapk­an imejnya adalah rim 16-inci dwi ton yang dibalut tayar Michelin Energy Saver.

Pemanduan selesa

Begitu juga dengan kabinnya yang diberi jolokan ‘i-cockpit’, di mana pembaharua­n terhad kepada kemasan bercorak gentian karbon pada papan pemuka dan reka bentuk tempat duduk baharu yang lebih selesa.

Senarai kelengkapa­n terdiri daripada ciri seperti skrin sesentuh pelbagai fungsi bersaiz 7

inci, sistem audio Arkamys 3D dengan enam pembesar suara, penghawa dingin dwi zon serta kemasan kulit untuk stereng.

Walaupun kelihatan kecil, 208 mempunyai ruang yang cukup untuk memuatkan sehingga lima orang penumpang, termasuk pemandu.

Dengan ketinggian sederhana, ruang kabinnya sudah mencukupi untuk anda tanpa berkomprom­i dengan keselesaan.

Dengan kapasiti 311 liter, ruang but 208 juga antara yang terbesar dalam kategori hatchback segmen B.

Pecutan bertenaga

Menerusi enjin baharu, karakter hatchback yang sememangny­a dimiliki oleh 208 diperhebat­kan lagi.

Sebaik saja jarum mencecah 1,500 rpm, kereta terasa lebih ringan dan dari situ ia terus memecut seperti sebuah jentera bernadikan turbo yang sejati.

Setiap pecutan juga ditemani dengan deruman enjin bertenaga yang dikira mampu meningkatk­an pengalaman pemanduan.

Prestasi transmisi automatik enam kelajuan buatan Aisin itu juga tidak kurang hebatnya, walaupun talaan yang diberikan lebih kepada penggunaan bahan api yang cekap, namun teknologi Quickshift membuatkan penukaran gear begitu cepat dan lancar.

Malah, penguranga­n geseran komponen dalaman membuatkan setiap penukaran gear yang dilakukan hampir tidak terasa.

208 sebenarnya juga agak versatil dalam aspek pengendali­an selaras dengan tawaran enjin yang kompak dan lebih ringan, menjadikan ia menjadi jentera lincah yang seronok dipandu di jalan raya berselekoh.

Ia juga boleh bertukar menjadi sebuah hatchback yang tenang dan santai di lebuh raya jika dipandu dengan lebih berhemah. Casisnya tidak terlalu keras dan selesa untuk semua penumpang bagi perjalanan jarak jauh.

Cekap bahan api

Cuma satu perkara perlu diingatkan, untuk mencapai penggunaan bahan api cekap, anda harusnya tidak tergoda dengan enjin turbo.

Ini kerana godaan untuk menekan pedal dengan agresif sentiasa ada dan ini membuatkan penjimatan bahan api sesuatu yang agak sukar dicapai, kecuali jika anda mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Tidak hanya harga RM89,888 (harga atas jalan termasuk insurans), ia juga dilindungi oleh jaminan selama lima tahun atau 120,000 km, termasuk bantuan tepi jalan 24 jam untuk tiga tahun, akses ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.

Berdasarka­n pandu uji BH Auto, tidak rugi untuk anda menempah

208 Puretech ini untuk dijadikan kereta utama walaupun saiznya nampak kecil tetapi jangan mempercaya­i mata kasar anda sebelum mencubanya.

 ??  ?? Peugeot 208 Puretech
Peugeot 208 Puretech
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Enjin Peugeot 208 Puretech jimat bahan api.
Enjin Peugeot 208 Puretech jimat bahan api.
 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ] ??
[ FOTO ROSELA ISMAIL/BH ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia