Berita Harian

Promosi istimewa VPCM

-

Volkswagen Passenger

Cars Malaysia (VPCM) memperkena­lkan promosi kadar faedah rendah bagi model Vento Trendline, Comfortlin­e dan Allstar; serta Passat Trendline dan Comfortlin­e yang akan berakhir 30 September 2017.

Promosi ini yang terbuka kepada pinjaman sewa beli bagi tempoh lima hingga sembilan tahun itu akan bermula serendah 0.28 peratus bagi varian Vento dan 0.88 peratus bagi Passat.

Selain pembelian menarik, model berkenaan turut hadir dengan tawaran lima tahun penyelengg­araan percuma yang sah hingga 30 September 2017.

Penuhi keperluan pelanggan

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, berkata promosi ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Kami sentiasa meninjau pelbagai pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Kami percaya kombinasi sangat menarik antara kewangan, penyelengg­araan percuma dan kejurutera­an Jerman adalah yang terbaik untuk ditawarkan kepada pelanggan,” katanya.

Volkswagen Vento 1.6l Trendline, Comfortlin­e dan Allstar ditawarkan dengan kotak gear transmisi 6 kelajuan dengan fungsi Tiptronic.

Dengan prestasi 105PS, tork maksimum 153Nm, Vento menawarkan daya tujahan tertinggi dalam kelasnya selain penjimatan bahan api menakjubka­n iaitu 6.5 liter bagi setiap 100 kilometer.

Varian Passat Comfortlin­e dan Trendline, masing- masing dikuasakan enjin TSI 1.8L pengecas turbo dengan DSG tujuh kelajuan yang menghambur 180PS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia