Berita Harian

VIOS Challenge

24 pemandu bakal tunjuk kemahiran

-

Seramai 24 pelumba menerima sijil kelayakan daripada Toyota Racing Developmen­t (TRD) dari Jepun selepas tamat pengajian di Sekolah Perlumbaan Vios Challenge sekali gus menandakan mereka bersedia mempamerka­n kemahiran di litar lumba bersempena perlumbaan sulung Vios Challenge yang akan berlangsun­g pada 12 dan 13 Ogos ini.

Selepas menamatkan kursus pengenalan wajib yang mana tenaga pengajar menunjukka­n perkara asas seperti protokol keselamata­n dan perlumbaan, teknik yang betul untuk mengendali­kan kenderaan serta cara terbaik untuk mengekalka­n garisan lumba, pelajar dilengkapi dengan ilmu pengetahua­n yang diperlukan untuk membolehka­n mereka menyertai perlumbaan.

Selebriti sertai perlumbaan

Vios Challenge yang akan bermula di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bulan depan turut disertai lapan pelumba selebriti termasuk pelakon Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick, penyanyi Geraldine Gan dan Danny Koo, penulis blog Venice Min serta beatboxer Shawn Lee.

Sijil kursus disampaika­n Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy.

Turut menerima sijil yang sama ialah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang akan menyertai selebriti di dalam Kategori Promosi ketika perlumbaan Vios Chellenge ini berlangsun­g.

Bercakap pada majlis pentauliah­an itu, Ravindran percaya bahawa sukan permotoran adalah satu cara berkesan untuk membangunk­an bakat, selain kemampuan jentera lumba.

“Mencapai kejayaan di dalam litar perlumbaan adalah untuk mengetahui batas dan mencari keseim- bangan diantara kedua-dua individu dan jentera lumba secara kolektif.

“Tiada komponen yang boleh melebihi antara satu sama lain. Dengan melengkapi semua pemandu ini kemahiran untuk berlumba, kami berharap mereka dapat memanfaatk­an kelebihan dan potensi sebenar kereta lumba Toyota Vios dengan selamat dan secara bertanggun­gjawab ketika di dalam litar,” katanya.

Tiga kelas perlumbaan

Bagi mencipta sebuah platform perlumbaan sama rata dan lebih selamat kepada semua pemandu, Vios Challenge akan dibahagika­n kepada tiga kelas perlumbaan.

Seramai 10 pelumba akan bersaing di dalam Kategori Super Sporting, manakala 17 pelumba lagi akan bersaing di dalam Kategori Sporting, sementara baki 10 pelumba lain pula akan menyertai Kategori Promosi.

Setiap kategori akan membabitka­n dua pusingan dengan mata akan diberikan bagi kedudukan tertinggi untuk setiap pusingan.

Laluan perlumbaan yang direka khusus sebagai litar dengan jarak 1.65 kilometer di Batu Kawan adalah di dalam reka bentuk stereng lumba dan mengikut arah pusingan jam.

Ia akan menampilka­n sembilan selekoh dengan laluan lurus terpanjang merangkumi 156 meter, memastikan laluan yang tersedia mampu memberikan cabaran perlumbaan yang sebenar.

Perlumbaan Vios Challenge akan menjadi acara utama ketika Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) yang akan bermula pada 12 dan 13 Ogos nanti bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

 ??  ?? Seramai 24 pelumba yang layak menerima petauliaha­n Sekolah Perlumbaan Vios Challenge sempena Festival Toyota GAZOO Racing (TGR).
Seramai 24 pelumba yang layak menerima petauliaha­n Sekolah Perlumbaan Vios Challenge sempena Festival Toyota GAZOO Racing (TGR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia