Berita Harian

Renault Captur harga istimewa

-

Berikutan maklum balas memberangs­angkan, TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia mengumumka­n masih tinggal beberapa unit terhad Renault Captur yang ditawarkan pada harga pengenalan istimewa iaitu RM98,000 seunit.

Mereka yang sedang merancang untuk membeli kenderaan baharu wajar merebut dan tidak melepaskan peluang tawaran hebat ke atas crossover urban kompak Captur ini.

Ia menjadi model terlaris dalam segmennya di Eropah dan menjadi model Renault yang paling diminati di peringkat global.

Tawaran terhad dengan rebat sebanyak RM11,000 daripada harga asalnya iaitu RM109,000 diumumkan buat pertama kalinya sempena kebolehdap­atan Renault Captur yang dipasang tempatan.

Ia menawarkan nilai kepada wang yang lebih baik kerana Captur diiktiraf sebagai sebuah EEV (Kenderaan Cekap Tenaga). Pada masa yang sama mengekalka­n spesifikas­i dan ciri seperti versi import sepenuhnya.

Model paling diminati

“Kami percaya bahawa Renault Captur akan mendapat sambutan. Ia cukup bergaya, versatil dan menawarkan pakej keselamata­n terbaik. Kini, ia hadir dengan tawaran nilai kepada wang yang lebih baik pada harga RM98,000,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen.

Renault Captur menyediaka­n pilihan yang sangat menarik bersama semua kualiti sewajarnya demi memenuhi keperluan dan kehendak kelompok pembeli yang luas.

Ini merangkumi pembeli kenderaan pertama yang mahu memiliki sebuah

SUV kompak penuh gaya dan berbeza dengan model lain yang ada di pasaran.

Pemilik MPV segmen B yang mahukan produk lebih menarik. Pada masa sama, mahukan manfaat ruang kabin yang luas dan modular.

Pemilik model hatchback segmen B yang mahukan lebih versatil dan personalit­i menonjol dalam kenderaan mereka

Pemilik MPV segmen C yang masih mahukan kenderaan praktikal dan luas. Mereka juga mahukan kenderaan yang lebih dinamik bersama rekaan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia