Berita Harian

Pembiayaan

-

Mercedes-benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) dijangka menarik lebih ramai peminat dengan penyelesai­an kewangan inovatif terbarunya, Lease2go.

Dengan memberi tumpuan kepada penggunaan dan mengetepik­an sebarang komitmen pemilikan, Lease2go membolehka­n peminat Mercedes-benz memandu kenderaan Mercedes-benz impian mereka dan seterusnya menaik taraf ke model terbaru dengan mudah.

“Mercedes-benz Services Malaysia sentiasa mencipta cara baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan penyelesai­an pembiayaan yang relevan dan inovatif. Lease2goia­lah satu lagi contoh terbaik penyelesai­an inovatif dan fleksibel yang kami tawarkan kepada pelanggan di Malaysia.

“Apabila anda memikirkan Lease2go,

fikirkan kesenangan. Kami mengetepik­an semua komitmen pemilikan yang tidak diperlukan untuk memberikan pelanggan ketenangan fikiran, dan menjadikan­nya lebih mudah untuk pelanggan memandu dan menaik taraf kereta Mercedes-benz mereka,” kata Pengarah Urusan MBSM, Mike Ponnaz.

Pelanggan kawal pembiayaan

Dengan Lease2go, pelanggan boleh mengawal sepenuhnya pakej pembiayaan mereka dengan memilih tempoh pembiayaan yang dikehendak­i (satu hingga empat tahun) dan jarak perjalanan yang dijangka (20,000, 25,000 atau 30,000 km) setahun.

Lease2go juga merangkumk­an semua kos seperti premium insurans dan cukai jalan, dalam satu ansuran pembiayaan bulanan tetap yang menyenangk­an.

Pelanggan yang memilih Lease2go memulakan pembiayaan mereka dengan deposit keselamata­n dua bulan yang boleh dipulangka­n dan pembiayaan sewa sebulan yang dibuat secara terdahulu. Selepas bayaran awal ini, mereka hanya perlu membayar pembiayaan sepanjang tempoh kereta digunakan, berasaskan jangka masa pembiayaan yang dipersetuj­ui.

Pada akhir tempoh pembiayaan, kereta akan dipulangka­n dan pelanggan boleh menaik taraf kepada model Mercedes-benz lain menerusi Lease2go.

Beri perlindung­an tambahan

Perlindung­an Tayar dan Rim juga disertakan dalam pakej Lease2go, sekali gus memberikan pelanggan perlindung­an tambahan. Pelanggan juga akan menikmati bantuan tepi jalan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi sebarang kecemasan yang tidak diduga.

“Dengan merangka penyelesai­an kewangan yang bertumpuka­n penggunaan, kami mencipta satu lagi cara mudah bagi pelanggan kami menikmati sepenuhnya pengalaman memandu Mercedes-benz. Ketiadaan komitmen pemilikan juga satu kelebihan, terutamany­a bagi syarikat perniagaan kerana perbelanja­an menjadi perkara di luar lembaran imbangan.

“Pelanggan juga dilindungi daripada risiko susut nilai aset dan kerenah melupuskan kenderaan masingmasi­ng,” ujar Ponnaz.

Memanfaatk­an kekuatan jenama Mercedes-benz, MBSM terus berusaha memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi pilihan pembiayaan yang fleksibel, inovatif dan mudah di Malaysia.

Dengan tekad untuk menambah baik pembiayaan automotif di Malaysia, MBSM yakin bahawa bayaran pembiayaan berpatutan dan juga ciri mudah difahami dan mesra pengguna Lease2go memenuhi keperluan para peminat Mercedes-benz yang semakin bertambah.

 ??  ?? Ponnaz (kanan) mahu pengguna manfaat Lease2g0 untuk memiliki atau menaik taraf kenderaan Mercedes-benz.
Ponnaz (kanan) mahu pengguna manfaat Lease2g0 untuk memiliki atau menaik taraf kenderaan Mercedes-benz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia