Berita Harian

MV Agusta dibuka

-

Moto Varese Asiatic Holdings Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal MV Agusta di Malaysia, secara rasminya membuka MV Agusta Malaysia Life Style Center di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Hadir merasmikan pembukaann­ya ialah Pengarah Kejurutera­an Automotif Jabatan Pengangkut­an Jalan, Datuk Mohamad

Dalib, Pengarah Pemasaran dan Jualan MV Agusta

S.P.A Itali, Raffaele Giusta dan Pengerusi Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Hu Ying.

Jual enam model baharu

Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, Mohamad Zamry Abu Samah, berkata sebagai permulaan, sebanyak enam model dan telah pun memasuki pasaran tempatan sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, semua model berkenaan dipasang di Malaysia (CKD) dan menjadi model terkini berbanding model yang dijual sebelum ini.

“Model yang dipasang secara CKD dan dijual di Malaysia ialah MV Agusta iaitu Brutale 800, Brutale 1090, Dragster 800RR, Tourismo Veloce 800, Tourismo Veloce 800 Lusso RC dan F4RR,” katanya.

Dijangka enam lagi varian model akan tiba di Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

Mohamad Zamry berkata, harga jualan bagi semua model berkenaan bermula dari RM90,000.

Setakat ini, pengedar di utara Semenanjun­g dilantik sebagai pengedar rasmi MV Agusta Malaysia dan dijangka dua atau tiga lagi akan dibuka sebelum

Pasaran kompetitif

Moto Varese Asiatic adalah anak syarikat DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd yang menguasai 80 peratus kepentinga­n ke atas MV Agusta Malaysia.

Disember lalu, Moto Varese Asiatic dilantik sebagai pemasang dan pengedar tunggal motosikal MV Agusta di negara ini.

Mohamad Zamry berkata, pasaran motosikal besar di negara ini cukup kompetitif dengan pelbagai jenama luar menguasai sebilangan kecil peratusan pasaran tempatan. Malah, jenama MV Agusta sebenarnya cukup sinonim dengan Malaysia.

“Model baharu berikutnya akan dibawa masuk secara berperingk­at, mungkin sebelum hujung tahun, semua 12 varian akan berada di bilik pameran ini,” katanya.

 ??  ?? Giusta (tiga dari kiri) bersama Mohamad Zamry (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran MV Agusta Malaysia Life Style Center di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Giusta (tiga dari kiri) bersama Mohamad Zamry (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran MV Agusta Malaysia Life Style Center di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia