Berita Harian

Pusat 3S Moto Guzzi dilancar Ogos

-

Pusat 3S ( jualan, servis dan alat ganti) Moto Guzzi baharu akan dilancarka­n bulan depan selepas pelantikan pengedar rasmi jenama itu untuk pasaran Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd diumumkan secara rasmi.

Perkara itu disahkan pada Hari Bersama Media dan Pelanggan yang berlangsun­g hujung minggu lalu di Petaling Jaya.

Pada hari tersebut, media turut dipertonto­nkan dengan barisan model baharu 2017 Moto Guzzi.

Komitmen jangka panjang

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, berkata komitmen jangka panjang syarikat itu kepada jenama Moto Guzzi menerusi beberapa pelaburan serta pusat 3S di Gasket Alley di Petaling Jaya yang menawarkan platform gaya hidup merangkumi pusat servis, aksesori, cenderahat­i dan kafe.

Piaggio Asia Pacific

Didi Resources dijangka membawa masuk beberapa model dan varian termasuk

V9 Roamer dan Bobber; V7 III Stone, Racer, Special

serta Anniversar­io.

Ia dijangka dijual pada harga jualan termasuk cukai barang dan perkhidmat­an (GST) RM66,900.

Jenama legenda Moto Guzzi dimiliki syarikat induk Piaggio Group; pengeluar kenderaan dua roda terbesar di Eropah dan antara peneraju dunia dalam sektor berkenaan.

Era Moto Guzzi kembali

Bagi penunggang motosikal di seluruh dunia, Moto

Guzzi menggambar­kan kebanggaan dan tradisi menakjubka­n, penyelidik­an enjin, gaya Itali dan krom yang bangga apabila menerangi jalan raya.

Pada 15 Mac 1921 di Mandello del Lario, Itali menjadi pemangkin yang mana cerita legenda Moto Guzzi bermula. Sejak itu, jenama berkenaan meneruskan kesinambun­gan dalam menghasilk­an produk terbaiknya.

Hari ini, Moto Guzzi, yang kaya dengan warisan menjadi antara jenama paling digemari penunggang motosikal di seluruh benua.

 ??  ?? Dari kiri; Pengurus Besar Didi Resouces Sdn Bhd, Juan Chow Wee; Pengurus Produk Dua Roda Piaggio Asia Pasifik, Timothy Soh; Pengurus Jualan Dua Roda Piaggio Asia Pasifik, Neri Miclaus; dan Pengarah Didi Resouces Sdn Bhd, Goh Kian Sin di Pusat 3S Moto...
Dari kiri; Pengurus Besar Didi Resouces Sdn Bhd, Juan Chow Wee; Pengurus Produk Dua Roda Piaggio Asia Pasifik, Timothy Soh; Pengurus Jualan Dua Roda Piaggio Asia Pasifik, Neri Miclaus; dan Pengarah Didi Resouces Sdn Bhd, Goh Kian Sin di Pusat 3S Moto...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia