Berita Harian

Tiada cadangan tetapkan harga bahan api secara harian

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang melaksanak­an penetapan harga bahan api secara harian buat masa ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, penetapan harga petrol dan diesel setiap hari memerlukan persediaan rapi bagi mengelakka­n masalah kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak

“Penetapan harga bahan api secara harian juga memerlukan persiapan rapi dan kesediaan syarikat pembekal bahan itu sendiri kerana ia perlu bersesuaia­n dengan nilai mata wang. Kalau tak bersedia, boleh tutup stesen minyak.

“Kita mahu imbangi tekanan kepada pengguna dan pengusaha, mahu pengguna dapat manfaat dan pengusaha tak hadapi kerugian atau menyusahka­n mereka sehingga terpaksa tutup perniagaan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Kampung Baru di sini semalam, beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, berkata isu harga bahan api sentiasa dibangkitk­an setiap bulan.

Perubahan harga kecil

Katanya, kerajaan membuat keputusan menetapkan harga petrol dan diesel secara mingguan disebabkan harga bahan api tidak jatuh atau naik dalam jumlah yang besar.

Bagi membantu pengusaha stesen minyak daripada menanggung kerugian, katanya, syarikat minyak besar boleh membantu melalui elemen pampasan, tetapi perkara itu masih belum dipertimba­ngkan.

“Macam baru-baru ini, lima kali harga (bahan api) jatuh, lima sen, empat sen dan ada tujuh sen. Bila turun rakyat dapat manfaat, pengusaha (stesen minyak) pula tidak,” katanya.

Beliau berkata, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan sebenarnya supaya pembeli dapat merasai harga bahan api paling dekat dengan harga pasaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia