Berita Harian

Pemuda UMNO desak henti politikkan isu pendidikan

PTPTN umum formula penyelesai­an minggu depan, sedia terima pandangan demi perkasakan lagi institusi

-

Pergerakan Pemuda UMNO meminta semua pihak tidak mempolitik­kan isu pelajar diploma yang melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah dibebani hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sehingga nama mereka disenarai hitamkan.

Pengerusi Biro Institusi Pendidikan Tinggi, Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata sebaiknya menyelesai­kan isu itu di meja perbincang­an seperti yang sudah diusahakan Pemuda UMNO melalui beberapa siri pertemuan dengan PTPTN.

Katanya, isu yang berkaitan dengan pendidikan adalah isu bersama rakyat yang merentasi warna politik.

Rosakkan ketinggian ilmu

“Jadi, usahlah dipolitikk­an isu pendidikan kerana ia akan merosakkan nilai ketinggian ilmu. Maka, jika timbul isu berkaitan dengan pendidikan, hendaklah kita gunakan saluran yang betul untuk sampaikan pandangan di samping prinsip tabayyun dilaksanak­an supaya kita tidak membuat fitnah dan andaian yang mencemarka­n nama baik pihak lain,” katanya ketika diminta mengulas tindakan beberapa parti politik memainkan isu sehingga membimbang­kan peminjam PTPTN.

Baru-baru ini, Pemuda Parti Pribumi Bersatu (PPBM) menyatakan kesediaan melupakan permusuhan dengan UMNO demi menyelesai­kan isu hutang pinjaman PTPTN.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, keterbukaa­n parti itu dengan mempelawa kerjasama dengan UMNO kerana Pemuda UMNO lebih mudah untuk menyampaik­an hasrat kepada kerajaan terutamany­a pihak PTPTN.

Fathul Bari berkata, isu berkenaan sememangny­a dalam perhatian Pemuda UMNO secara serius dan beberapa siri meja bulat diadakan sejak 2014 sehingga kini. Katanya, pihak PTPTN sudah menemui formula penyelesai­annya yang akan diumumkan minggu depan dan menyatakan kesediaan pandangan semua pihak demi memperkasa­kan lagi institusi itu.

“Janganlah kita jadikan isu ini modal politik dan bising di media massa dan sosial saja. Sebaiknya dapatkan maklumat terus dengan PTPTN,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, beliau melihat PTPTN dari semasa ke semasa mengambil langkah penambahba­ikan secara berperingk­at berkaitan perkara yang dibincangk­an bersama. Katanya, Pemuda UMNO faham setiap tindakan mungkin memerlukan masa kerana membabitka­n pembanguna­n sistem, perubahan dasar serta tertakluk kepada dasar sedia ada dan kelulusan pihak lebih tinggi.

Sedia kemudahan pinjaman bertindih

“Antara penambahba­ikan dibuat ialah penyediaan kemudahan pinjaman secara bertindih bagi peminjam yang melanjutka­n pengajian seterusnya dengan pinjaman PTPTN,” katanya.

Mengulas mengenai banyak rungutan daripada peminjam yang diluluskan penangguha­n bayaran balik tetapi mempunyai tunggakan dan rekod yang tidak baik di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), katanya.

PTPTN menyatakan mereka mengambil berat isu itu dan status terkini, mereka memberi jaminan perkara itu akan selesai tidak lama lagi, dan peminjam akan dimaklumka­n dalam masa terdekat.

“Kita juga perlu percaya bahawa PTPTN sentiasa ingin memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada pelanggann­ya dan sentiasa melakukan penambahba­ikan dari semasa ke semasa. Setiap tahun PTPTN memberikan pinjaman kepada 200,000 pelajar baharu membabitka­n peruntukan RM1 bilion,” katanya

Usahlah dipolitikk­an isu pendidikan kerana ia akan merosakkan nilai ketinggian ilmu. Maka, jika timbul isu berkaitan pendidikan, hendaklah kita gunakan saluran yang betul untuk sampaikan pandangan” Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi Biro Institusi Pendidikan Tinggi, Pergerakan Pemuda UMNO

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia